Thursday 30 December 2010

Malam Pertama


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu

Monday 20 December 2010

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

 

Saturday 18 December 2010

Barangan keperluan bayi baru lahir

Kadang kita memikirkan apabila bayi dilahirkan kita memerlukan peralatan yang kompleks dan mahal. Sebenarnya beli sedikit yang diperlukan dahulu dan sudah tentu anda akan perlu membeli lagi. Beli barangan mengikut usia bayi. Tentu anda tidak perlukan mangkuk makan bayi untuk bayi baru lahir.
Harganya tidak perlu terlalu mahal namun jangan pula sehingga abaikan aspek keselamatan/kesihatan. Biasanya barangan terdapat dalam lingkungan harga tertentu, jadi jika mampu boleh beli yang lebih bagus kualiti.
Pakaian
- baju lengan pendek/panjang (4 ke 5 helai, saiz biasanya 12 untuk newborn atau 14 untuk bayi yang agak besar)
- seluar pendek/panjang (4 ke 5 helai)
- sarung tangan & kaki
- topi (bergantung pada keperluan)
- lampin kain/lampin pakai buang
- selimut (Sama ada dengan tutup kepala atau tidak, boleh digunakan untuk membedung bayi ketika membawa ia keluar. Saya suka gunakan ada tutup kepala jadi tidak perlu guna topi )
- barut bayi (bergantung pada keperluan/budaya untuk elak kembung perut)
- tuala mandi bayi
- almari/bakul pakaian
- sapu tangan/tisu
- tikar getah bayi (dapat elak tilam basah/kotor jika tiba-tiba bayi kencing/berak ketika menukar lampin.)
- beg bayi
- kain bedung (jarang pakai sekarang. Tapi saya suka gunakannya semasa tidurkan bayi, bayi tidur lena tidak terkejut-terkejut. Biasanya guna sehingga sebulan sahaja, bila bayi mula rimas saya tidak gunakan lagi)
Mandian
- sabun bayi
- bedak bayi (jika perlu cari jenis bukan talkum.)
- losyen bayi
- syampu bayi
- besen mandi bayi
- putik kapas
- bakul alatan mandian
- pengalas mandian tidak licin (sesuai jika anda risau bayi tergelincir ketika mandi atau anda takut memandikan bayi)
- termometer mandian ( sebenarnya boleh cuba dengan memasukkan tangan anda dulu ke dalam air untuk memastikan air sesuai untuk bayi)
- sikat/berus rambut
Penyusuan
- botol susu
- puting
- berus botol susu
- bekas simpan botol susu (warmer)
- sterilizer (atau boleh rebus air. Tutup api apabila mendidih dan rendam botol dan puting. Saya pernah beli, biasa tidak sesuai digunakan kerap. Akhirnya saya lebih suka cara merebus)
Tidur
- bantal, bantal peluk dan tilam (Ada pelbagai jenis termasuk untuk bayi yang mengalami alahan
- sarung bantal dan tilam
- katil bayi samada jenis kayu atau playen (Jika anda merancang bayi anda tidur di katil anda, tidak perlu katil bayi. Bayi saya tidur di katil saya, tetapi saya belikan juga kerana bila perlu saya boleh letakkan bayi di katil nya dan saya boleh tinggalnya. Dan selamat jika ada anak-anak lain, jadi mereka tidak mengganggu bayi)
Berjalan-jalan
- baby car seat (Jika anda lebih memegangnya, tidak perlu membelinya. Anda perlu ajarnya dari awal, kerana jika selepas 3 ke 4 bulan baru ajar, dia tidak akan duduk di kerusinya. Namun untuk ibu/bapa bekerja yang perlu menghantar bayi sendirian, ini satu keperluan)
- stroller/pram/buggy (Mudah, anda tidak perlu mendukung bayi sepanjang masa dan berguna sehingga anak berusia 3 ke 4 tahun.Jika rancang guna sehingga anak besar, cari yang sesuai untuk digunakan untuk kanak-kanak. Jika tidak anda terpaksa beli lain.)
Lain-lain (ikut keperluan)
- minyak kembung perut
- tisu lembap (banyak gunakannya terutama jika kita bersendirian tanpa orang menjaga kita)
pemotong kuku
- pembersih hidung (Berguna pada saya bila bayi saya berhingus, belajar cara betul. Jika tidak pandai guna hingus/kotoran tidak boleh keluar)

sumber : nonaku.com

Thursday 9 December 2010

Punca Kejang Otot l Cara Mengatasi?


Sebelum ini, ramai yang kerap bertanya pada saya ”kenapa badan akan rasa sakit – sakit setelah melakukan exercise?” Sebenarnya, apa yang dialami boleh dikatakan sebagai kejang otot. Sakit otot dan sendi ini dibahagikan kepada dua iaitu kekejangan otot atau ketegangan otot.
Punca ketegangan dan kejang otot ini mungkin kerana anda terlalu aktif atau setelah anda melakukan sebarang rutin senaman. Jika ia berlaku selepas anda melakukan latihan di gym, anda tak perlu risau. Rasa sakit sendi itu menunjukkan aktiviti kecergasan anda berkesan.
Apa yang perlu anda lakukan? 30 minit sebelum anda melakukan sebarang aktiviti atau ke gym, pastikan anda makan dan begitu juga 30 minit selepas aktiviti tersebut.

Makanan yang sesuai adalah seperti susu yang mengandungi ”whey protein”; makanan daripada karbohidrat yang ringkas seperti buah – buahan untuk memberikan tenaga dan sumber protein bagi membantu pembinaan otot.
1- 2 jam selepas bersenam, baru lah anda boleh mengambil makanan yang biasa. Kekejangan otot juga merupakan simpton badan anda sedang dehidrasi juga kekurangan garam.
P/s: Seeloknya, sebelum melakukan latihan di gym, jangan lupa melakukan aktiviti regangan badan bagi mengelakkan masalah ketegangan otot. 20 minit pun dah cukup sebenarnya cuma anda kena rajin. hehe!

!!..Lelaki:Tips Untuk Tampil Hebat..!!

1. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal
Bab2 tukar cadar ini selalunya tidak diendahkan kebanyakan lelaki. Tetapi tahu kah anda cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah? Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat bak gam gajah. Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap. Amacam? Ada berani tukar Cadar? ahaha.

2-Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari
Sebaik-baiknya anda perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sahaja dan pilihlah shampu yang bersesuaian untuk rambut anda. Seperti saya yang suka menggunakan shampu dari clear, apabila rambut sentiasa dicuci, kotoran dan minyak yang melekat di rambut serta kulit kepala akan hilang untuk tempoh masa yang agak lama. Ini dapat mengurangkan masalah rambut kusam dan tidak sihat. Selepas bersyampu, pastikan anda gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan rambut. Mana lah tahu kan, mungkin rambut anda akan berterbangan bak gadis ayu atau si rambut cantik Fauziah ghous? Siapa yang tahu. ahaha.  

3-Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi setiap 6 bulan
Untuk senyuman yang menawan, Anda perlu rajin memberus gigi dan lakukan proses floss setiap hari. Malasnya saya. ahaha. Proses ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bau mulut tetapi dapat menanggalkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, anda juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi enam bulan sekali. Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya

4-Gunting rambut setiap -3 hingga 6 minggu sekali
Sentiasa tampil dengan rambut yang digunting rapi agar kelihatan kacak dan bergaya. Anda tidak perlu bersusah-payah menghabiskan duit riban2, sebaliknya anda boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga perkhidmatannya. Murah dan cepat. ahaha. Sekiranya anda mempunyai salun yang sering anda kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut anda sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut anda sebelum keluar rumah.

Tips kuruskan badan part 2

Hari ne idea aku untuk menulis banyak ke arah kesihatan memandangkan aku sangat menjaga badan.hehe. tips2 ne korang bleh ler praktikkan step by step..
1. Jangan berlapar
Dalam previous posting aku,ade kwn2 yang berdiet dengan cara berlapar sehingga berhari-hari. Sebenarnya berlapar ne boleh cuma kena dengan cara yang betul.ape yang aku maksudkan nk berlapar uhh biar la waktu mlm. waktu mlm ne rase nye agak susah nk kawal makan. klau terlalu lapar,cuba la amek biskut2 and makanan yang kurang berkalori. aku rase dah ramai yang tahu klau penggunaan tenaga lebih daripada pengambilan makanan, kadar metabolisma akan menjadi rendah. Apabila kita dh xtahan berlapar, kebiasaannya kita akan mula makan dengan banyak. ini kerana,apabila kita berlapar,badan kita akan mula membakar kalori untuk mengantikan makanan. jadi,ape yang berlaku kat sini ialah badan kita tidak membakar kalori pada tahap yang sama. ape yang bagus,mkanan dengan cara biasa cuma kurang pengambilan nasi secara perlahan-lahan. tambahkan banyak sayur n amalkan minum yogurt selalu.

2. Makanlah sesuatu yang pahit dulu sebelum makan makanan lain
aku tak tau la kan klau2 ade yang sanggup nk amalkan bab ne..actually step ne sesuai tuk kurangkan pemgambilan makanan yang berlebihan. korang bleh guna kopi dan sebelum makan uhh berkumur la dulu. apabila tekak kita rasa pahit,secara automatikk isyarat dapat dihantar ke otak untuk menggalakkan rembesan enzim.

3. Amalkan minum air 8 gelas sehari
aku rase bab ne sume orang tau cuma amal atau tak jer kan?hehe. air ne bagus sebab dapat mengurangkan selera kita secara semulajadi dan membantu tuk me’metabolize kan badan kita untuk simpanan lemak dalam badan. Sebelum amek makanan berat uhh,minum air dulu. Kalau zaman mude mudi dlu, kita salu kene marah dengan orang tua..sebabnyer sebelum makan uhh asyik duk minum air..klau korang perasan,time nk buka puasa tuhh,sure korang rembat air dllu banyak2 n pastu dah kenyang..tol x???

4. kurangkan pengambilan garam
pengambilan garam yang banyak dalam badan menyebabkan badan kita menggalakkn penakungan air.kalau korang kurangkn pengambilan garam,berat badan anda akan berkurang disebabkan air. kadang2 kita pernah dengar orang ckp gemuk sebab air..gemuk sebab banyak isi badan.hehe..klau xpaham lehh tanye lam komen nanti.aku leh detailkan lagi.

5. Amalkan bersarapan pagi
ade kajian yang mengatakan orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk. sarapan pagi ne sebenarnye membantu badan kita menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah.

6. Makan la dengan bersopan..hehe
Kalau yang pompuan,aku tau korang sure makan dengan penuh beradab kan..tapi e2 klau depan mentua la kan?hahaha…sebenarnya bila kita makan dengan perlahan ne,makanan uhh lebih mudah dihadam. klau korang makan dan telan terus,xsempat nak hadam,makanan tuhh dah pun jadi lemak terkumpul. haha..mau ka?

7. Kerap makan
ooppsss..kerap makan maksud aku ne,makan dengan sikit tapi banyak kali makan. klau korang makan banyak dalam satu mase,rase nye pembakaran kalori sure tak cukup sebab nye biler perut kenyang mesti ader jer kemalasan uhh datang kan..betol tak?hehe. so,makan la dengan sikit,makanan pun mudah nk hadam so takde lemak tertinggal lam badan nt.heh.klau bleh makan la sampai setengah jam..kunyah betul2 sambil2 uh korang berangan2 ler kejap..heh

8. Elakkan makanan ringan
makanan ringan ne tak bagus sebab nya boleh membawa kepada penyakit yang boleh memudaratkan. Seperti yang korang dah maklum,lam megi umpamanya bahan perisa tuhh terlalu banyak. cara nk elakk uhh..korang kunyah jer gula2 getah tak pun berus gigi.so takde ler rase nk mkn makanan uhh..
sumber: darkbatman

Tips Untuk Kurus l 3 Cara Lari Daripada Makanan


Apabila nak berdiet, perkara paling susah sekali bab ”melarikan diri” daripada makanan yang lazat dan sedap. wohooo! Lebih -lebih lagi kalau makanan tersebut memang hidangan kegemaran kita. Mau kita termenung dua tiga jam mengadap makanan tak berkelip.

1. Fikir Dahulu – Daripada anda makan apa saja yang terhidang depan mata, lebih baik anda tanya pada diri sendiri ”makanan apa yang boleh buat badan tak bulat’‘.

Cara Jahat Sikit : Jangan makan nasi tapi ganti dengan roti kosong saja untuk dua minggu!

2. Minum Banyak Air – Pastikan anda membawa sebotol air mineral ke mana saja anda pergi untuk mengelakkan anda mengambil soft drink apabila dahaga. Selain daripada mengurangkan kalori, cara ini bagus untuk mengelakkan dehidrasi.

Cara Jahat Sikit - Minum sambil kunyah makanan dalam satu masa.

3. Makanlah Dengan Teratur – Lebih baik memilih buah atau salad untuk mengantikan makan malam plusss setiap kali makan, kunyahlah dengan perlahan – lahan.

Cara Jahat Sikit – Makan dengan segumpal nasi setiap hari plus separuh sayur dalam 1 pinggan.

P/s: Manusia ini mempunyai cara berdiet yang berlainan dan kadang – kadang yang paling mudah tu paling sukar nak buat. Paling penting mempunyai azam yang kuat barulah kesukaran ditangkis dengan mudah.

Menu Diet untuk Kurus dan Sihat


Ramai yang mencari tentang menu diet harian untuk menguruskan badan. Jadi hari ini, saya sertakan dulu sarapan pagi, tengahari dan petang untuk anda amalkan setiap hari supaya nampak lebih sihat. hehe!

Pilihan sarapan pagi ;
Semangkuk oat dan nescafe
Sekeping roti canai dan kuah dal dan secawan teh o
2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
2 ketul popia basah dan segelas teh o
2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.

Pilihan Makanan tengahari.
Padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan
1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
Setengah senduk mee hoon goreng
1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
Kweyteow sup
1/2 cawan makaroni goreng
1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup
1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
1 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
1 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
1 mangkuk  mee wantan.
1/2 mangkuk pasta
1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kerisi dan 1/2 senduk sayur kubis
1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

Pilihan makanan ganti makan malam
2 ketul popia basah dan jus tembikai.
1 mangkuk rojak buah
Sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
Sebiji buah naga
5 keping biskut dan secawan milo panas.
1 mangkuk salad buah.
Semangkuk tau fu fa
Satu biji jagung rebus.
Segelas jus tomato.
Seketul tahu sumbat dan segelas soya.
1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
1 cawan yogurt asli

P/s: Cuba sesuaikan makanan dengan selera anda supaya anda tidak mudah jemu! Menu diet sihat ini anda boleh ubah tetapi mengikut kalori yang sama.

Cara Atasi Perut buncit

Salam kepada semua pembaca aie aka darkbatman. Kalau sebelum ini saya ada memberikan beberapa tips senaman kempiskan perut boroi untuk anda, hari ini saya ingin selitkan lagi beberapa cara praktikal untuk mereka yang mempunyai masalah perut comel ini yer. Jom bersama saya. ahaha.
Seringkali ramai yang menganggap dengan hanya bersenam, perut anda akan terus boroi. Yeah, anda memang betul tetapi saya ingin membuka minda anda dengan lebih jauh sedikit yer. heh. Sila baca dengan gigih. ahaha.

Makan Dengan Perlahan
Saya andaikan ramai yang sudahpun tahu tentang cara ini bukan tetapi kekurangan masa menyebabkan anda menjadi pelahap. ahaha. Anda perlu berubah yer. Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

Jangan Minum Teh
Daun Teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

Kurangkan Pengambilan Garam
Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terase penuh dan buncit.

Jangan Tidur Lagi
Makanan yang anda baru ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur. ahaha. Saya tahu kebanyakan lelaki perut buncit agak gemar dengan hobi tidur selepas makan. Sila kurangkan yer.!!

Jangan Mandi
Opps saya bukan memberi alasan supaya anda tidak mandi yer. Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi lah dahulu yer. Sekian.

Cara Berlari Yang Betul Untuk Menguruskan Badan

Berlari merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dengan cepat dan betul. Mereka yang menghabiskan masa selama 60-90 minit melakukan senaman ini setiap hari akan berjaya mengurangkan berat badan dengan cepat. Anda mahu ”badan terasa lebih ‘fit’, ukuran pinggang semakin mengecil, dan yang paling menyeronokkan, berat badan berkurangan’‘?
Dengan sedikit persediaan dan motivasi, saya yakin anda mesti akan bersemangat nak berlari setiap hari. hehe! Tapi bagaimana nak buat persediaan itu? Jom bersama saya!


Langkah Pertama
Sebelum anda tidur, sediakan dulu beberapa idea berkobar -kobar anda untuk berlari pada hari esok. Anda perlu setkan dalam kepala awal – awal, tempat larian yang berkenan di hati, sediakan peralatan nak berlari dan paling jangan lupa ”setkan alarm”.
Bukan apa, bila kita dah setkan awal – awal, sekurangnya rasa malas nak bangun tidur tu berkuranglah sikit bila dah fikir awal – awal plan yang dah dibuat. So, get your track set up! Readddyyyy and jom lari. ahahaha!

Langkah kedua
Anda perlu minum air sebelum, selepas dan juga semasa berlari kerana apabila berpeluh, air dalam badan akan berkurangan dan anda mungkin dehydrated. Kekurangan air akan menyebabkan badan anda mudah penat dan perasaan anda akan bercampur baur terutama perasaan malas yang lebih menguasai fikiran ketika mahu meneruskan larian.

Langkah Ketiga
Setelah berlari, gunakan interval training untuk meningkatkan jumlah kalori anda yang dibakar. Interval Training yang dicadangkan ialah berlari dengan kelajuan selama 4 minit dan meningkatkan kelajuan setiap seminit yang akan mempercepatkan pembakaran kalori anda.

Apa sebenarnya interval training?
Interval Training ini sebenarnya latihan bagi mereka yang inginkan membakar kalori dalam masa yang singkat.
5 Minutes: RPE 3-4: Warm Up
2 minutes: RPE of 5: Increase speed and/or incline from warm-up to slightly higher than comfortable pace
2 minutes: RPE from 5-6: Increase the incline 1% every 15 seconds
2 minutes: RPE from 6-5: Decrease incline 1% every 15 seconds
1 minute: RPE: 8 Increase speed to fast walk or run
2 minutes: RPE: 5 Decrease speed to recover back to a medium intensity
2 minutes: RPE: 5-7: Increase incline 1% every 15 seconds
2 minutes: RPE 7-5: Decrease incline 1% every 15 seconds
1 minute: RPE 8: Increase incline to 5-10%, work as hard as you can (don’t kill yourself!)
2 minutes: RPE 5: Decrease incline to 0% to recover back to medium intensity
5 minutes: RPE 3: Cool down by walking at a comfortable pace
Total Workout Time: 26 minutes

Apa tu RPE?
Tahap kepayahan latihan anda. Lagi tinggi RPE lagi banyak bakar kalori.
Level 1: I’m watching TV and eating bon bons
Level 2: I’m comfortable and could maintain this pace all day long
Level 3: I’m still comfortable, but am breathing a bit harder
Level 4: I’m sweating a little, but feel good and can carry on a conversation effortlessly
Level 5: I’m just above comfortable, am sweating more and can still talk easily
Level 6: I can still talk, but am slightly breathless
Level 7: I can still talk, but I don’t really want to. I’m sweating like a pig
Level 8: I can grunt in response to your questions and can only keep this pace for a short time period
Level 9: I am probably going to die
Level 10: I am dead

Langkah keEmpat
Cari pelbagai tempat yang menarik untuk berlari. Ramai yang fikir berlari di tempat yang berlainan akan menambahkan mood anda untuk stick dengan larian tapi kata saya pula ”berlari pada tempat yang tidak sama akan meningkatkan tahap keberkesanan latihan senaman anda”.
Sebagai contoh ”berlari atas jalan yang mendatar tidak akan membakar kalori sebanyak anda berlari sewaktu mendaki bukit”. ahaha. fikir – fikirkan!

Langkah Kelima
Ajaklah rakan – rakan untuk menaikkan semangat anda berlari. Sebolehnya cari lah kawan yang mempunyai tahap kecergasan seperti anda supaya anda tidak ditinggalkan dibelakang. hehe!
Last but not least, bagaimana berlari dengan betul? Adakah dengan berlari dengan langkah yang panjang ataupun berlari dengan langkah yang pendek? Saya yakin anda semua tak semuanya tahu kan? hehe!

Cara yang betul ialah berjalan beberapa langkah untuk mengetahui panjang saiz langkah yang sesuai dengan diri anda. Kemudian, berlarilah dengan saiz langkahan tersebut. Saiz langkahan yang sesuai membuatkan larian seperti meluncur dan bukannya seperti melompat-lompat.

P/s: Sekiranya anda baru saja nak bermula program larian kuruskan badan, janganlah terus mulakan dengan 60-90 minit. Mulakan larian selama anda boleh bertahan dan sekiranya anda tidak mampu nak teruskan, gantikan dengan berjalan dan dan cuba tambahkan waktu larian dan kurangkan waktu berjalan sehingga sampai di tempat akhir.
Saya pun tak cuba lagi cuma nak share saja..sharing is caring...

sumber:  darkbatman

Tips Kempiskan Perut Boroi


Untuk entri kali ini, tips mengempiskan perut yang terlebih maju ke hadapan yer. Boroi ker? Tepuk dada nampak perut lah yer. hakhak!


Sila betulkan posisi anda yer dan sekiranya tiada bench di rumah, anda boleh baring di atas katil. Pastikan bahagian belakang badan anda rata dan tidak melengkung juga kaki hendaklah di angkat 90 darjah celcius. ahaha. Sila ulangi langkah ini sebanyak 10 – 15 kali untuk 3 set.

Langkah ini adalah Frog Crunches yang mana untuk mengempiskan perut juga. Kedudukan yang sama seperti di atas tetapi lutut hendaklah ke atas dan pastikan bahagian belakang tidak melengkung.

Perlahan – lahan, naikkan bahu ke hadapan sejauh mungkin dan pastikan mata fokus kepada arah tangan anda. Jangan fokus bahagian lain yer. ahaha.


Seterusnya, Double Crunches di mana latihan ini memerlukan kaki dan badan bergerak selari. Fokus utama masih pada bahagian perut (abdominal). Lakukan sebanyak 10-15 kali untuk 3 set.

Last sekali, Langkah yang paling senang aka simple untuk anda dan boleh dilakukan di mana – mana saja kecuali di tengah jalan raya. Risiko tanggung sendiri lah yer. ahaha.

Apa yang anda perlu lakukan hanya lah dengan duduk dalam keadaan seperti gambar di atas. Kemudian angkat kedua – dua belah kaki lebih kurang dalam 40 darjah selama 8-10 saat. Ulangi sebanyak 5 set untuk mendapatkan perut yang kacak. ahaha.

sumber : darkbatman

Monday 6 December 2010

Pengubatan Melalui Buah-buahan dan Sayuran.

Salam...

Ini merupakan pendapat ahli-ahli perubatan terkemuka mengenai bahan perubatan dari dapur. Bahan-bahan ini mudah untuk diperolehi.

1. Lobak Merah.
“Mereka yang diserang penyakit teruk termasuk kanser akan pulih menjadi aktif dan kuat dengan cara meminum jus Carrot secukupnya.” – Dr. Mary C. Holgle.
Lobak merah mempunyai protin, karbohidrat, kalium, natrium dan kalsium. Lobak Merah adalah makanan yang membersihkan dan bertenaga. Jus lobak mudah diserab oleh badan, membantu memulihkan selera makan dan membantu proses penghadaman, menguatkan gigi. Dengan sifat alkali, ia bertindak melawan keletihan, mencegah infeksi dan menjaga system saraf. Formula kecantikan (awet muda) yang paling selamat adalah segelas air perahan lobak merah mentah setiap hari.

2. Buah Lemon.
Terdapat 20 jenis limau dan kesemua perahan airnya sangat berguna untuk membersihkan darah, disapu ke kulit kepala bagi mencegah rambut luruh dan untuk dicampur dengan syampu yang bertindak sebagai tonik kepada kulit kepala.- Dr Donald Law.

Kulit lemon dikunyah sebagai pembersih gigi dan penguat gusi. Jus lemon berkesan membuang racun dan toksin dalam badan. Perahannya berguna untuk penyakit perut, masalah saluran kencing, buasir, bisul dan radang kulit.

Cirit birit, kencing manis, sakit kuning dan kolestrol akan lega atau berkurangan jika minum minuman lemon.

3. Bawang Merah.
Tuan R.N. Chopra - Bawang merah boleh melegakan saraf, keluarkan kahak dan melawan kegatalan. Dimakan mentah. Boleh juga ubati buasir, batuk dan selsema. Dimasak dengan cuka untuk merawat sakit jantung, bengkak kura dan kelebihan asid perut.

Air perahannya disapu pada sakit kulit, bisul dan gigitan serangga. Bawang yang dibakar dan ditumbuk dapat ubati kulit melecur, luka dan telinga menanah. Jika dicampur sedikit minyak dapat digunakan untuk sakit sendi dan bengkak.

4. Betik

En. M. Krigg M.D. - Buah betik masak menguatkan otot perut, merangsang selera makan dan membantu penghadaman. Baik untuk buasir, bengkak hati, sembelit dan cirit-birit kronik.

Getah betik di sapu pada bengkak untuk elakkan nanah, ketuat, puru, jerawat, kulit kasar dan penyakit kulit yang lain.

Perahan betik digunakan sbg bahan kosmetik untuk licinkan kulit. Bijinya ditumbuk halus untuk ubati penyakit kulit sengkela.

5. Mangga.

Serbuk daun mangga muda untuk cirit-birit. Asap kepada daun yang dibakar berguna untuk penyakit tekak dan sedu. Abunya berguna untuk luka terbakar. Tulang tengah daunnya berguna untuk membuang ketuat di kelopok mata. Bancuhan air daunnya dan kulit pokok digunakan untuk berkumur bagi mengatasi sakit gigi, sakit gusi dan sakit tekak. - Baidya' Nath Sen.


Biji labu, tomato, bayam, daun sadri dan daun rempah bersambung di entry akan datang.

Persediaan Bakal Ibu dan Bakal Bapa Menyambut Kelahiran.


Assalamualaikum.....

Bakal ibu atau ibu-ibu yang mengandung seharusnya menyiapkan kelengkapan diri, bayi dan suami sebelum ke hospital. Disarankan persiapan ini dibuat awal untuk melalui sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.


Di sini telah disenaraikan keperluan untuk IBU.

1. Kad Pengenalan diri

Amat penting kerana dengan MyKad lah digunakan untuk mendaftarkan diri. Letakkan di dalam beg yang mudah dicapai.

2. Kad pemeriksaan kesihatan ibu ketika hamil.

Seperti juga Mykad dan sama pentingnya dengan Mykad.


3. Kad insuran kesihatan.

Letakkan juga bersama MyKad dan kad kesihatan.


4. Aksesori rambut.

Sediakan klip, pengikat rambut dan sikat untuk keselesaan anda.

5. Bantal kecil.

Juga untuk keselesaan. Boleh diletakkan di bahagian belakang tubuh atau memeluknya ketika kontraksi.

6. Tuala muka.

Amat pembantu untuk mengelap peluh ketika kontraksi.

7. Bahan bacaan.

Bawa bersama untuk mengisi masa lapang atau terluang dan pastikan bahan bacaan tersebut bermanfaat untuk menempuh hidup baru.

8. Gula-gula berangin.

Untuk atasi rasa mual dan muntah.

9. Muzik.

Boleh menggunakan ipod dan MP4 yang tidak menggunakan wayar elektrik untuk ketenangan ketika kontraksi.

10. Pakaian untuk pulang ke rumah.

Bawa pakaian bersesuaian agar anda selesa. Seeloknya pakaian ketika usia kandungan 6 bulan dahulu.

11. Coli menyusu.

Sediakan dua atau lebih coli menyusu untuk sokongan payudara yang mungkin bengkak.

12. Pad payudara.

Sangat penting untuk atasi lelehan susu pada baju.

13. Bantal menyusu.

Dapat kurangkan sakit bahu ketika menyusu. Amat bermanfaat untuk kelahiran caesarean.

14. Selipar.

Bawa selipar yang selesa untuk anda bergerak bagi memudahkan dan merangsang bayi turun. Selipar juga perlu selepas kelahiran untuk elakkan kaki bersentuh dengan lantai yang sejuk.

15. Stoking.

Untuk atasi masalah kaki sejuk.

16. Tuala Wanita.

Amat penting untuk keselesaan anda. Seeloknya bawa tuala wanita khusus untuk perlindungan maksimum kerana darah banyak keluar di awal kelahiran.

Dicadangkan gunalah Tuala Wanita Berherba (Night Use- warna pink) supaya darah dapat diserap dan mempercepatkan kesembuhan. Boleh order dengan saya :)

17. Seluar dalam pakai buang.

Amat praktikal pada mereka yang besalin secara caesarean.

18. Alatan mandian.

Muatkan berus dan ubat gigi, sabun dan syampu dalam beg kecil.

19. Tuala mandi.


Hanya itu sahaja yang diperlukan untuk kegunaan bakal ibu. Nantikan entry seterusnya untuk keperluan bayi.



Sumber: Pa&Ma.



Panduan untuk bakal ibu bapa.


Orang merasakan menjadi isteri itu mudah. Jikalau menjadi isteri itu mudah, mengapakah kita lihat hingga 70 peratus mereka yang berkhawin di Lembah Klang bercerai ? Berita pada Oktober 1999 menyatakan di Singapura, kadar perceraian umat Islamnya ialah 25 peratus. Sebenarnya setiap lelaki dan perempuan perlu belajar ilmu untuk mendirikan rumah tangga sesuai dengan kehendak Islam. Malangnya, ramai muda mudi masa kini menjadikan cerita hindustan dan movie dari barat sebagai panduan untuk berumah tangga. Kalau ikut orang barat, jumpa beberapa jam sahaja sudah boleh diikuti dengan babak diatas katil. Bagi kebanyakkan orang arab, ibu mengajarkan ilmu bilik tidur kepada anak perempuan mereka. Lelaki mereka pula diajarkan ilmu agama yang bukan setakat mengucap syahadah dan sembahyang serta mandi wajib sahaja kerana hanya ilmu agama sahaja yang dapat memberikan jaminan satu rumah tangga yang dibina akan kukuh, harmoni, diberkati, dirahmati dan kekal keanak cucu.

Sebagaimana kita perlu banyak melakukan persediaan diri sebelum mencari pasangan hidup, begitulah juga kita sewajarnya melengkapkan diri sebelum merelakan untuk menjadi ibu atau bapa. Manusia dijadikan Allah berbeza dengan haiwan. Burung kalau nak bertelur Allah jadikan pandai mereka membuat sarang secara otomatis tanpa perlu belajar. Manusia secara fitrahnya memang berbeza dengan haiwan dimana manusia diwajibkan belajar termasuk belajar bagaimana untuk menjadi ibu yang solehah. Malangnya masyarakat kini sanggup mengeluarkan berpuluh ribu ringgit hanya untuk pendidikan sekular bagi kepentingan ekonomi diri sendiri sahaja tetapi untuk kepentingan agama yang bakal menjamin kebahagian hidup dan rumahtangganya, tak ramai yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak. Samalah kesnya seperti ibu bapa yang bila bayar RM100 untuk tuition kimia tak jadi masaalah tetapi bila ustaz mengajar AlQuran minta RM20, banyak sangat soal jawabnya.

Islam mendidik kita dari peringkat awal sekali iaitu sebelum suami isteri berjimak hendaklah berdoa

yang bermakna "Ya Allah jauhkan kami dari syaitan dan jauhkan syaitan dari anak yang engkau kurniakan".

InsyaAllah tuhan akan melindungi dan memberikan berkat dan rahmat keatas suami isteri tersebut. Tanpa doa ini syaitan akan terlebih dahulu menjimak isteri tersebut. Dengan doa dan izin Allah kelak benih yang bertemu antara benih bapa dan ibu selepas jimak ini akan dilindungi Allah dari gangguan syaitan.

Benih ibu yang bercantum dengan benih bapa akan menyebabkan si ibu akan mengandung. Pendidikan untuk mendapatkan anak yang soleh bukan selepas anak dilahirkan tetapi adalah bermula dari saat ini. Jikalau bermula dari saat ini si ibu lebih kerap murung dan penyedih maka kelak anaknya akan murung dan penyedih jugalah. Jikalau si ibu bermula dari saat ini mengubah dirinya kepada sifat-sifat yang mulia, insyaAllah anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang mempunyai sifat yang mulia.

Mengapa saya hanya menekankan faktor ibu sahaja dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Adakah bapa tidak mempunyai peranan dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Sebenarnya Islam mengajarkan bahawa sebaik sahaja seorang lelaki menerima seorang perempuan sebagai isterinya, maka berpindahlah tanggung jawab mendidik perempuan ini dari ibu bapanya kepada si suami. Sebagai suami, kewajipannya bukanlah setakat mencari rezeki, memberikan tempat berlindung dan memberikan nafkah batin tetapi perkara penting yang para suami telah ramai melupakannya ialah mendidik isteri mereka kearah islam yang sejati. Jikalau sebelum mengandung si suami telah banyak mendidik isterinya dan proses ini berterusan sepanjang hayat, sudah pasti si ibu akan menjadi isteri yang solehah dan isteri ini bakal melahirkan putera-puteri yang soleh-solehah dan berpribadi mulia. Tetapi yang banyak berlaku pada masa kini ialah Suami isteri macam 2 x 5. Suami dan isteri sama-sama miss sembahyang subuh dan zuhur. Suami pergi kerja pasang badan dan isteri pergi kerja dengan make up yang tebal dan pakain yang menggiurkan berwarna warni serta dengan wangian yang mempesonakan. Ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmannya pada surah An Nuur ayat 26 :

"Perempuan-perenpua n yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat dan sebaliknya …".

Kalau kita baca dalam mass media, ini ditunjukkan dengan artis kahwin dengan artis atau dengan orang yang sama jiwanya. Dengan ini jelaslah bahawa peranan bapa dalam membina pribadi anak yang bakal dilahirkan adalah lebih utama dari si ibu cuma kesannya lebih merupakan secara tidak lansung manakala ibu adalah secara lansong.

Anak berperibadi buruk => ibunya berperibadi buruk => bapanya berperibadi buruk dan tidak berusaha menjadikan dirinya dan isterinya lebih baik

Dari hujah inilah setengah orang dapat menilai seorang lelaki atau perempuan hanya dengan menganalisa tingkah laku anak mereka. Kalau kita lihat seorang perempuan tingkatan lima tak pakai tudung, boleh lah kita membuat sedikit rumusan bahawa ayahnya tak begitu mengambil berat soal agama.

Seterusnya, disepanjang proses mengandung ini si ibu dituntut untuk membanyakan mambaca Al Quran termasuklah surah Yusuf dan Maryam. Sebagaimana yang dituntut oleh Islam, kalau baca Al Quran tu bacalah sekali terjemahannya. Adalah perlu diingat bahawa burung tiong emas pun pandai mengaji kalau diajarkan. Janganlah kita sama sahaja dengan burung tiong yang pandai mengaji Quran tetapi apa maknanya tidak pernah tahu.

Sepanjang mengandung, makanan yang dimakan oleh si ibu hendaklah makan yang halal kerana jikalau rezeki yang dibawa balik oleh sisuami datangnya bukan dari cara yang dihalalkan ditakuti, perangai tak baik si ayah ini akan menular kepada bayi dalam kandungan. Banyak contoh kita boleh lihat dimana suami isteri adalah terpelajar dan memegang jawatan penting dalam kerajaan tetapi anak rosak akhlak dan menagih dadah kerana sifat buruk ayah diikuti oleh isteri dan menurun pula kepada anaknya.

Berdoalah dengan doa yang baik-baik tetapi janganlah berdoa seperti " Ya Allah berilah aku anak yang cantik seperti kanak-kanak didalam poster itu" kerana insyaAllah kelak Tuhan akan berikan kita anak yang cantik tetapi bisu (gambar kanak-kanak didalam poster memangnya tak boleh bercakap). Doa dalam Islam dianggap ibadah dan setiap doa diberikan pahala. Doa membuktikan wujudnya hubungan hamba dengan Tuhannya kerana kita sebagai hamba tiada kekuasaan dan dengan itu perlu meminta dari Tuhannya.

Syirik hendaklah dijauhi bukan sahaja sewaktu mengandung tetapi adalah sepanjang hidup kita kerana syirik merosakkan aqidah yang menyebakkan kita sebagai pelaku syirik akan menjadi kafir musyrikin. Nauzubillah minta dijauhkan oleh Tuhan. Allah berfirman

"sesungguhnya orang yang mensyirikkan Allah niscaya Allah akan mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim"

Allah mengharamkan syurga bagi orang ini kerana ia telah menjadi kafir dan sesungguhnya setiap orang kafir diharamkan oleh Allah dari masuk syurga.

Upacara melenggang perut pada bulan-bulan tertentu dalam budaya melayu dengan setengahnya meletakkan kelapa diatas perut tiada dicontohkan oleh Nabi dan ditakuti perbuatan ini termasuk dialam kategori syirik juga.

Didalam usaha kita menangani masaalah syirik ini marilah sama-sama kita menghayati beberapa istilah penting berikut :-

1. Syirik :

Mempersekutukan Allah dengan sesuatu makhluk ciptaannya seperti patung, gambar, tulisan, senjata, tangkal azimat, pokok, batu dll.

2. Tangkal :

Benda-benda (seperti kain merah, kemenyan, limau, batu, cincin, tali, kayu, besi kuning, tahi besi dan banyak lagi) yang dipercayai boleh memberikan rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya.

3. Azimat :

Sebarang benda-benda bertulis ( samaada tulisan rumi, arab, AlQuran, hadith, rajah-rajah dll) yang dipercayai boleh memberikan rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya.


4. Ubat :

Benda yang digunakan ( dimakan, disapukan dll ) untuk tujuan menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan dengan izin Allah.

5. Matlamat tidak menghalalkan cara :

Menjadi pencuri untuk memberi sedekah kepada orang miskin- haram. Jumpa bomoh/dukun/ pawang syirik untuk tujuan berusaha untuk menyembuhkan gangguan syaitan diharamkan dalam islam walaupun matlamatnya adalah baik iaitu untuk menyembuhkan.

Ibu bapa perlu menguasai dengan kukuh bab syirik ini kerana anak yang soleh tidak akan lahir dari ibu bapa yang musyrik (mengerjakan syirik). Ramai orang tahu bahawa tangkal itu salah tetapi untuk mereka terus menyimpan tangkal-tangkal yang diberikan, mereka menghujah bahawa mereka setakat menyimpan sahaja tangkal tersebut sedangkan niat dalam hati mereka tidak terpesong dan tidak mempercayai tangkal tersebut serta mereka masih mempercayaai kuasa Allah. Persoalannya ialah, kalau dah tak percaya kepada tangkal tersebut kenapa terus menyimpannya? Bukankah lebih elok dibuang sahaja tangkal tersebut. Satu insiden berlaku pada hari raya aidil fitri tahun 1998. Hamba Allah menyimpan pedang warisan dari nenek moyangnya. Setelah ditegur bahawa pedang tersebut adalah tangkal dan menyalahi Islam mereka berkata bahawa mereka hanya setakat menyimpan sahaja pedang tersebut tanpa niat yang terpesong dari Islam. Tetapi masaalahnya, pedang ini mereka puja dan setiap malam jumaaat kliwon dibakar kemenyan dan sekali setahun pula dimandikan dalam upih pinang. Sekali sekala pula hamba Allah ini berdialog secara lansong dengan pedang ini. Perbuatan ini jelas syiriknya tetapi bila diberi peringatan , mereka berusaha mencari helah dan alasan untuk membenarkan perbuatan mereka yang syirik ini.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud ada menyatakan yang mafhumnya berbunyi:

"Sesungguhnya tangkal, azimat dan petunduk adalah syirik"

Dalam hadith sahih Turmizi dan Al Hakim pula ada menyatakan mafhumnya:

"Sesiapa yang memakai / menyimpan sesuatu (tangkal azimat dll) maka ia telah bertawakkal dengan nya".

Hadith ini menjelaskan bahawa apabila kita menerima sebarang pemberian dari bomoh lalu menyimpannya dengan tanpa sebarang niat sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah. Kita diseru untuk hanya betawakkal kepada Allah sahaja dan betawakkal kepada selain dari Allah inilah yang dipanggil syirik iaitu memohon sesuatu kepada Tuhan lain selain Allah (iaitu dalam bentuk tangkal, azimat dll). Apabila kita melakukan perkara ini samalah kita dengan orang kafir Cina dan India. Mereka ini tahu tuhan mereka sebenarnya tidaklah berada dalam berhala tersebut tetapi berhala ini telah dijadikan tempat untuk bertawakkal (menyembah) untuk memohon dan meminta segala sesuatu.

Ketahuilah bahawa menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah serta berserah diri (bertawakkal) kepada perantara itu, yang melakukan hal itu menurut kesepakatan Ulama (Ijmak) adalah kafir.

Orang Cina (Taoism dan budha) dan India untuk mendapatkan sesuatu: mereka bertawakkal / mengharapkan kepada perantara berhala agar memperkenankan hajat/permintaan mereka.

Pelaku Syirik (musyrikin) orang Melayu pula: Mereka bertawakkal / mengharapkan kepada perantara tangkal, azimat dll agar memperkenankan hajat/permintaan mereka

Cuba analisakan pula kes-kes berikut pula:

Kes 1

Orang Cina (kafir), pagi hari memohon kepada topekong (berhala) dengan membakar colok mohon diberikan rezeki kepada perniagaan mereka.

Orang Melayu "Islam" pula Jumpa bomoh untuk dapatkan pelaris (tangkal, azimat dll). Setiap pagi meyakini rezeki dari perniagaan bertambah kerana telah ada pelaris.
Nota: Mendapatkan khidmat bomoh pelaris memang akan melariskan perniagaan anda bagi jangka pendik (diatas bantuan syaitan) tetapi selepas beberapa tahun perniagaan akan bermasaalah besar mungkin hingga perlu ditutup kerana bala dari Allah

Kes 2

Botak Chin dan pengikutnya memakai berbagai-bagai tangkal dan azimat untuk menjadikan dirinya istimewa!
Orang melayu memasang susuk emas, berlian dan raksa di muka, punggung dan tangan untuk berbagai-bagai tujuan seperti cantik, manis, menawan, seksi, kuat, kebal dll.

Kes 3

Orang cina memakai tatoo untuk tujuan tertentu.

Orang Melayu memakai tatoo untuk tujuan tertentu.


Saat menunggu kelahiran bayi adalah satu saat yang boleh jadi menggembirakan tetapi ia juga boleh jadi satu saat yang menyeram dan mengerikan memikirkan berbagai-bagai kemungkinan yang boleh terjadi. Namun bagi orang mukmin ,

"mereka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati"

Baqarah : ayat 62

Kalau kita banyak risau dan gelisah itu adalah satu tanda bahawa kita bukan orang mukmin sesuai dengan ayat diatas. Saat menanti kelahiran ini boleh mengubah orang yang cuai sembahyang kepada rajin sembahayang. Perbaikilah diri kita semoga menjadi seorang yang benar-benar Islam sejati semoga diantara rahmat dari Allah kelak kita menanti saat kelahiran bayi ini dengan hati yang tenang.

Saat melahirkan bayi bagi seorang bakal ibu cukup menakutkan. Berbagai-bagai cerita yang kita dengar tentang azab ibu yang melahirkan anak sehingga kematian ibu yang melahirkan anak diberikan satu kedudukan yang tinggi dalam Islam sebagai salah satu jenis mati syahid. Namun demikian persoalan yang perlu kita fikirkan ialah mengapa ada orang melahirkan anak dengan cukup mudah manakala ada pula mereka yang melahirkan dengan cukup masaalah dan azab hingga berhari-hari ? Jawapannya ada didalam Al Quran As-Syuura’ ayat 30 :

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan mu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (kesalahan-kesalaha n mu)".

Jikalau seorang ibu melahirkan anak dengan banyak azab, maka Tuhan sebenarnya ingin memaafkan sebahagian dosa kita yang lalu (kalau kita redha dengan ujian ini dan tak memaki hamun dan menyumpah seranah). Nasihat saya ialah semoga saat melahirkan bayi dilalui dengan mudah, lancar dan tenang maka ibu bapa perlu lah mengelakkan sebarang dosa terutamanya dosa yang besar dan jikalau ada dosa-dosa yang lalu seperti dosa isteri dengan suami, dosa suami dengan isteri, dosa kepada ibu bapa, dosa kepada jiran dan dosa kepada rakan hendaklah diselesaikan segera sebelum saat kelahiran bayi . Mudah-mudahan dengan kurangnya kesalahan kelak Tuhan memudahkan proses kelahiran bayi.

Setelah bayi selamat dilahirkan dan telah dbersihkan badannya, seperti yang telah dicontohkan oleh Nabi SAW, belahlah (tahnik) mulut bayi anda dengan menyapukan buah tamar yang sudah dilumatkan (atau madu) kelangit-langit mulut bayi anda dengan hujung jari.

Apabila Lahirnya sahaja anak pertama yang sempurna dan comel janganlah kita pula menjadi syirik sesuai dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190

"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur" Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan"

Apakah yang dimaksudkan dengan Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah? Akibat dari dhaifnya umat Islam masakini mereka telah melakukan apa yang Allah telah nyatakan dalam Quran ini. Lihatlah betapa setelah Allah berikan anak yang sempurna (tak cacat) mereka terus syirik tanpa disedari. Mula-mula sekali uri yang lahir bersama bayi tadi akan dibersihkan dibubuh garam, paku dan jarum lalu ditanam dalam bekas. Malamnya pula ada yang memasang pelita diatas uri tersebut. Bukankah garam, paku dan jarum tadi telah menjadi tangkal sesuai dengan hadith sahih Turmizi dan Al Hakim diatas. Disini tanpa jumpa bomoh ibu bapa telah menjadi syirik hanya atas nasihat orang tua mereka. Kalau kita soal kepada orang tua kita mengapa perlu bubuh garam, paku dan jarum, mereka akan berkata bahawa ini adalah ikhtiar untuk melindungi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Disinilah silap kita yang telah menyerupai amalan orang Cina seperti yang telah dihujahkan ditas. Kita sepatutnya memohon terus perlindungan dari Allah tanpa melalui perantaraan benda seperti garam, paku dan jarum.

Seterusnya ramai ibu bapa melakukan syirik lagi tanpa disedari dengan meletakkan pula benda-benda seperti gunting, paku, kacip, bawang putih, bawang merah dll disekitar bayi tadi dengan tujuan untuk melindungi bayi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Bukankah ini sudah jelas hukum syiriknya dan sesuai pula dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190 diatas. Bila saat mengandung berdoa berbagai-bagai tetapi bila dapat saja anak terus jadi kafir musyrik kerana mensekutukan Allah. Setengah orang pula tidak meletakkan barang-barang ini disekitar bayi tetapi menggantikannya dengan meletakkan surah Yaasin dan ada pula yang meletakkan AlQuran disisi bayi dengan alasan yang sama. Maka menurut definasi azimat diatas, ibu bapa ini telah menjadikan Yaasin dan AlQuran sebagai azimat dan hukumnya tetap syirik.

Ia juga sesuai dengan

"dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud : Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal dari AlQuran atau bukan dari AlQuran".


Sebenarnya mereka yang menggunakan surah Yaasin dan Quran untuk menjauhkan gangguan hantu , syaitan dan jin adalah mereka yang terpengaruh dengan menonton movie hantu dan dracula barat dan cerita hindustan dimana hantu, syaitan dan dracula ini takut kepada kayu salib dan "holy water". Oleh kerana mereka adalah orang islam maka mereka menggunakan Yaasin dan Quran dengan tujuan yang sama. Maka dengan ini orang Islam yang menggunakan azimat dari Quran ini telah menggolongkan diri mereka sama dengan orang kafir tersebut.

Sebenarnya dengan menggunakan tangkal dan azimat bagi melindungi bayi akan menjadikan bayi tersebut lebih terdedah kepada gangguan yang akan mengakibatkan bayi kerap menangis terutamanya menjelang maghrib dan tengah malam. Syaitan telah mengganggu bayi tersebut dengan harapan ibu bapa dhaif ini akan berjumpa pula dengan bomoh/dukun/ pawang agar mereka terjerumus kedalam lembah syirik yang semakin dalam.

Allah berkuasa menjadikan segala rupa kejadian. Bayi yang kita lihat lemah tak bermaya diberikan oleh Allah satu kelebihan yang tidak terdapat pada orang dewasa dan kanak-kanak. Bayi boleh melihat hantu/syaitan/ jin yang mengganggu. Itulah sebabnya bayi ini mudah menangis terutamanya waktu menjelang senja dan tengah malam. Secara umumnya bayi akan menangis apabila lapar, kencing, berak dan sakit atau tak selesa. Jikalau bayi tak lapar, tak kencing, tak berak tidak sakit/kembung perut dan dalam keadaan selesa tetapi setelah dipujuk pun terus menangis untuk tempuh waktu yang lama maka bayi ini sedang mengalami gangguan dari syaitan. Pada kebiasaannya, syaitan yang mengganggu bayi ini adalah syaitan yang kita jemput secara resmi. Apabila dipersekitaran bayi atau didalam rumah banyak benda-benda tangkal dan azimat maka syaitan akan mendampingi benda-benda ini. Syaitan inilah yang mengganggu bayi ini.

Akan ada orang bertanya mengapa apabila saya bawa bayi yang diganggu syaitan ini kepada bomoh, anak saya diam dan sembuh pula sedangkan bomoh ini juga gunakan khidmat syaitan. Jawapannya ialah bahawa sebenarnya syaitan ini ada mesyuarah dan pakatan diantara syaitan-syaitan dan matlamatnya adalah agar manusia terus syirik. Syaitan dari bomoh tersebut telah berpakat dengan syaitan asal yang mengganggu bayi agar jangan lagi mengganggu bayi ini. Perkara ini nampak seolah-olah syaitan telah menolong bomoh dan bayi tersebut. Sememangnya benar syaitan ini menolong bayi tetapi keuntungan jauh lebih besar yang diperolehi oleh syaitan ialah ibubapa bayi ini telah murtad dan syirik dengan berjumpa bomoh dan menerima tangkal/azimat dari bomoh tersebut.

Namun demikian satu perkara yang menarik yang perlu difikirkan oleh semua orang Islam ialah "adakah selamat dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini kekal ?". Jawapannya ialah kembali kita kepada Al Quran As-Syuura’ ayat 30 diatas, setiap yang berdosa akan menerima musibahnya. Secara kebiasaannya (hukum adat seperti yang ditetapkan oleh Allah), selamat (aman) dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini hanya akan bertahan untuk tempuh selama 30 hingga 40 hari sahaja. Selepas tempuh ini syaitan akan terus mengganggu bayi ini dengan tujuan supaya ibubapa ini akan berjumpa lagi dengan bomoh yang sama. Dengan ini bomoh mendapat sumber pendapatan yang tetap dan manusia dapat terus disesatkan oleh syaitan.

Demi kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan dan demi menjaga aqidah sebagai seorang beragama Islam, jauhilah syirik. Jikalau didalam rumah ini sudah sedia ada tangkal/azimat sebelum kelahiran bayi, maka bersihkan rumah ini dari benda-benda ini semoga bayi akan sentiasa dibawah perlindungan Allah dan selamat dari gangguan syaitan. Orang yang melakukan syirik dengan otomatis akan gugur perlindungan yang diberikan oleh Allah dan dengan itu terdedah pula kepada gangguan syaitan.

Suami isteri yang mengharapkan kelahiran bayi yang sihat dan sempurna selalu berdoa kepada Allah. Sewaktu ini kalau Tuhan meminta sesuatu sebagai jaminan keselamatan bayi pasti akan kita tunaikan walaupun seberat mana sekalipun. Jadi setelah seorang bayi comel yang sihat dan sempurna diberikan oleh Allah, apalah salahnya sebagai tanda kesyukuran kita menjamu orang yang layak dijamu seperti fakir miskin, janda-janda dan anak yatim. Dengan ini Islam telah menuntut agar pasangan yang mendapat anak lelaki menyembelih 2 ekor kambing dan 1 ekor kambing pula bagi anak perempuan sebagai aqeqah. Mahal sangatkah 2 ekor kambing berbanding dengan rahmat Allah yang tak terkira banyaknya. Lakukanlah seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW iaitu menyembelih aqeqah pada hari ketujuh kelahiran bayi dan seterusnya berilah nama yang baik. Faktor nama yang baik sememangnya akan mempengaruhi perwatakan bayi ini. Berikanlah daging aqiqah tadi kepada orang yang layak menerimanya seperti fakir miskin, janda dan anak yatim sesuai dengan sunnah Nabi..

Selain memberi nama dan aqeqah pada hari ketujuh, nabi telah mencontohkan agar bayi ini dicukur licin pula kepalanya. Setiap yang dicontohkan melalui Nabi SAW sememangnya banyak kebaikan atau hikmahnya. Kalau nak lihat apakah kesannya kepada bayi anda carilah bayi-bayi lain yang tidak dicukur rambutnya. Pasti anda akan temui bahawa kulit kepala bayi ini banyak berkudis dan bernanah. Jadi inilah hikmahnya setiap sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW untuk dicontohi oleh kita semua.

Nabi memberi contoh yang sempurna tetapi ramai rakyat Malaysia kini seolah-olah lebih pandai dari Allah dan Nabi. Nabi membuat sesuatu hatta bercukur atas perintah Allah kerana hikmah-hikmahnya. Rakyat Malaysia ubah syaria’at ini dengan membuat kenduri bacaan marhaban dari kitab Jaafar AlBarzanzi walaupun kitab ini banyak penyelewengan aqidah. Selepas itu potong sedikit rambut lalu masukkan kedalam kelapa muda yang dipotong indah kerana dipercayai rambut yang dimasukkan keladalam air kelapa muda ini akan membawa kebaikan tertentu. Ini sudah satu perbuatan syirik yang jelas mengikut perbincangan diatas. Nabi suruh cukur semua rambut tetapi kita buat syariaat baru iaitu potong rambut depan sahaja. Kita lebih pandai dari Allah dan rasulnya. Dan apa yang amat jelas ialah budaya masukkan rambut dalam air kelap muda sememangnya amalan budaya orang hindu. Orang hindu pada hari Thaipusam pecahkan biji kelapa kerana kononnya ada hikmahnya yang tertentu.

Dari masa kesemasa ibu bapa baru ini akan membawa bayi kecilnya ke rumah saudara mara dan sahabatnya. Sepanjang perjalanan perbanyakkanlah zikir. Apa yang sangat perlu diingati ialah "jangan menunjuk samaada dengan jari atau dengan mulut sebarang benda yang dilihat sepanjang perjalanan terutamanya kuil, rumah berhala, kubur, patung-patung, gambar, bukit, gua dan gunung." Jikalau anda nak buat satu amali mudah bolehlah anda menunjukkan kepada bayi anda mana kuil hindu dengan jari telunjuk anda dan tunggulah beberapa ketika apa yang akan berlaku.

Setelah sampai kerumah yang dituju, apa perlu dilakukan apabila tiba-tiba sewaktu memasuki rumah ini bayi terus menangis (akibat gangguan syaitan) yang luar biasa ? Ini adalah petanda yang menunjukkan bahawa rumah ini terdapat banyak syaitan yang berdamping dengan barang-barang tangkal/azimat, patung (patung kuda atau patung pemberian kawan dari Bali), gambar dll. Berilah alasan yang baik kepada tuan rumah dan tinggalkan rumah tersebut secara segera. Kalau perlu juga pergi kerumah ini bersama bayi, pergilah selepas bayi berumur satu tahun. Ketika ini bayi ini sudah tidak ada lagi keistemewaan untuk melihat syaitan.

Sebelum bayi lahir, latihlah diri anda selalu bersembahyang berjamaah bersama isteri/suami. Sebelum maghrib, tutuplah pintu dan tingkap. Lubang angin (ventilation) tidak mengapalah dibiarkan terus terbuka. Amalan orang tua-tua dikampung dahulu kala ada banyak muslihatnya yang tidak diketahui.

Adakah boleh menerima tetamu diwaktu mendapat bayi ini ?. Jawapannya adalah boleh tetapi dengan cara yang betul. Kalau kita menerima tetamu waktu malam dan tetamu terus pula mendukung bayi ini, jawapnya tunggulah menjelang tengah malam nanti insyaAllah bayi anda akan melalak. Cara yang betul ialah sediakan air untuk berwuduk diluar rumah untuk tetamu mengambil air sembahyang. Kalau diluar rumah ada paip air lebih mudah. Pentingnya ialah pastikan tetamu mengambil air sembahyang terlebih dahulu diluar rumah bukan masuk rumah baru ambil wudhuk.

Jika suami balik kerumah dari tempat kerja atau dari kebun juga amalkanlah mengambil air wuduk sebelum memasuki rumah, mudah-mudahan bayi akan dilindungai Allah dari gangguan syaitan.

Bapa juga dilarang untuk membawa masuk benda-benda berdarah selepas maghrib. Kalau nak beli ayam atau daging lembu, belilah waktu siang hari dan bawa masuk rumah sebelum waktu maghrib. Kalau ada juga orang memberi rezeki ayam yang sudah bersembelih atau daging pada waktu malam, janganlah bawa masuk kerumah tetapi mintalah jiran anda simpankan daging atau ayam ini sehingga esok hari.

Kini tibalah pula bahagian bagaimana sekiranya bayi diganggu syaitan dan menangis tanpa henti. Apabila anda meyakini bahawa tangisan bayi anda adalah luarbiasa yang mungkin disebabkan oleh gangguan syaitan, bacalah kalimah-kalimah Allah seperti ayat Kursi atau ayat-ayat laindengan kyusuk dan suara yang lembut antara kedengaran dengan tidak. Selepas itu terus berdoa mohon perlindungan daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada anak tersebut. Selepas itu hembuskanlah perlahan-lahan kebelakang telinga kanan bayi ini. Perlu diingati bahawa perlindungan adalah dari Allah dan bukan dari ayat Kursi ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Boleh juga dibacakan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Ulangilah perbuatan ini sehingga anak tersebut diam. Sebagai satu latihan harian yang baik, adalah digalakkan bagi ibu atau bapa membacakan ayat-ayat bermula dari ayat Kursi hingga An Nas setiap kali menidurkan bayi, mudah-mudah Allah (dan bukan ayat-ayat ini) akan memberikan perlindungan kepada bayi anda.

Sebagai bapa, berilah isteri makanan dari rezeki yang baik kerana susu yang diberikan kepada bayi akan membawa seribu rahmat. Sebagai ibu pula, bertekadlah semasa mengandung untuk menyusukan bayi anda kalau dapat hingga bayi berumur 2 tahun. Menyusukan bayi jauh lebih murah dari memberikan bayi susu formula. Tambahan lagi ibu lebih mudah dan selesa diwaktu malam kerana tidak perlu bangun untuk membancuh susu formula. Ibu bapa pula lebih tenteram kerana susu ibu akan insyaAllah menjadikan bayi tidak banyak kena penyakit terutamanya selsema dan batuk. Bayi yang mengidap selsema dan batuk akan banyak merengek dan menjadikan suasana ibu bapanya tegang dan banyak berjaga malam yang sungguh meletihkan.

Bagi mempastikan bayi terus membesar dengan sihat tanpa sebarang musibah seperti penyakit dan kemalangan lain, ibu bapa amat perlu memainkan peranannya. Kadang-kadang secara tiba-tiba bayi mendapat batuk dan selsema yang teruk tetapi setelah diperiksa kemungkinan besar penyakit ini adalah berpunca dari kesilapan ibu bapanya. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh ibu ialah sifat megah dan riak (menunjuk-nunjuk) . Megah dan riak hanya sifat kepunyaan Allah. Manusia tidak layak mempunyai sifat-sifat ini kerana manusia adalah lemah. Apabila seorang ibu suka sangat menceritakan betapa comelnya bayi beliau kepada rakan dan jiran, maka tunggulah saat bila mana bayi anda jadi tidak comel lagi apabila kena penyakit selsema dan batuk dengan ingus meleleh dan kurus kerana tak lalu makan. Terimalah musibah dari Allah akibat dari tangan (mulut) anda sendiri sesuai dengan firman Allah dalam ayat 30 surah As Syuura’ diatas. Sepatutnya bila bayi terus membesar dengan comel dan lincah, si ibu perlu banyak mengucap syukur dengan membanyakkan zikir mudah-mudahan rahmat Allah ini akan ditambah lagi. Apa yang berlaku dipejabat apabila seseorang bertanyakan khabar bayi yang baru lahir, tak habis-habis si ibu menceritakan kisah bayinya yang itu dan yang ini. Cubalah belajar dengan menjawab "Alhamdulillah bayi saya sihat" dan cukup setakat itu sahaja supaya terelak dari sifat megah dan riak dengan nikmat Allah ini iaitu dapat bayi.

Sekian, Wallahualam, Wassalam

dipetik dari  blog MR.diNO

UNTUK PARA SUAMI

SUAMI sebagai pemimpin rumah tangga semestinya sentiasa kreatif dalam

mendidik isteri. Allah membekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang

rasional, tidak terlalu emosional atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Jika

kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan

kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, maka suami

akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Bermulanya kebahagiaan

sesebuah rumah tangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya

serta kesabaran dalam menghadapi karenah dan ragam isteri. Firman Allah yang

bermaksud:


"Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan

telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah

menafkahkan sebahagian daripada hartanya."


Satu pendapat mengatakan bahawa lelaki adalah makhluk akal dan wanita adalah

makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan

keadaan sekeliling. Lantaran itulah lelaki hendaklah banyak menggunakan daya

fikir dalam menghadapi wanita. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami

perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah

perlunya strategi dalam mendidik isteri.


Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding

dengan lelaki yang sebaliknya. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks

semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar,

mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, dan sebagainya.

Hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Atas

dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala

tindak tanduknya tidak melulu dan mengikut perasaan semata-mata.


Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada

pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut

saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan

tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri

sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa

kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi

melihat sesuatu persoalan dengan tenang.


Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya,

kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan

mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Bagaimanapun, kaum lelaki

mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah

pemikirannya. Oleh sebab itu, kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik

isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa

yang panjang.


Apa yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri

bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih

daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai

ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang

tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego

kita. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai

memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala

kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam

syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau

garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan

perjuangan terpaksa diketepikan.


Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau sesetengah

orang mengatakan macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak

menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai

satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus

dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya

berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan

dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh

dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah

diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala

panas terik. Rasulullah s.a.w juga pernah berhadapan dengan karenah

perempuan yang suka berleter. Rasulullah s.a.w tidak menjawab sepatah pun.

Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan

hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi

penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.


Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak karenah. Beruntunglah suami

yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan

anak-anak. Perempuan sebegini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya

untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur,

penyayang, pendorong, dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya

suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak

membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk

menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah

memiliki separuh daripada agamanya."


Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:


"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang

solehah."

Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan

kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan

datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan

membahagiakan seluruh isi alam.