Monday 30 May 2011

Tips Merawat Kulit Bayi

Tips Merawat Kulit Bayi
Fungsi kulit sebagai pelindung kulit, sudah semestinya harus dijaga kesehatannya. Agar kulit bayi dapat berfungsi optimal sebagai pelindung, lakukan perawatan yang tepat.
  • Di 3 bulan pertama usianya, cukup mandikan bayi 2-3 kali seminggu, tidak setiap hari. Sebab, kulit si kecil masih sangat tipis –sehingga sangat mudah mengalami dehidrasi– dan sangat sensitif terhadap bahan kimia sehingga mudah terserap ke dalam kulit
  • Gunakan kosmetik khusus bayi. Karena kelenjar minyak si kecil belum berfungsi optimal, kulitnya cenderung mudah dehidrasi, kekeringan, dan pecah. Itu sebabnya, gunakan baby oil dan pelembab khusus kulit bayi untuk menjaga kelembaban kulitnya.
  • Jaga kebersihan kulit bayi. Namun, jangan gunakan sabun antiseptik maupun lotion yang mengandung sulfat dan alkohol untuk mencegah kekeringan serta menjaga keseimbangan flora kulit bayi (bakteri “baik” yang hidup di permukaan kulit).

Petua Atasi Masalah Jaundis/Kuning


Assalamualaikum wbt...

"Kegembiraan melahirkan anak pertama bertukar menjadi kerisauan apabila bayiku yang baru lahir mengalami jaundis. Kami terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah. Rasa sedih tidak terkata tatkala bayiku menjerit kesakitan setiap kali disuntik jarum bagi mengambil darahnya..."


Petua yang saya amalkan:

1. Mandikan bayi dengan air rebusan daun inai dan pucuk jambu batu. Amalkan 3 kali mandi.

2.Beri bayi minum air suam + ubat homopati (khas untuk bayi yang jaundis) + satu sudu teh madu. Bagi bayi minum 2 kali sehari. Ibu pun boleh makan ubat homopati juga (khas untuk ibu yang anaknya jaundis).

3. Susukan bayi sejam sekali.

4. Jemur bayi tapi ada panduannya,tak boleh jemur sesuka hati,nantikan post yang akan datang untuk tahu cara yang betul menjemur bayi yang jaundis.

Petua lain:

1. Bayi diberi minum air perahan sengkuang cina. Beberapa biji sengkuang cina diparut dan diambil airnya. Beri bayi minum air perahan tersebut sebanyak satu sudu kecil sekali setiap pagi.

2. Ambil setengah biji halwa kundur dan campurkan bersama air suam kosong.Beri anak anda minum dua kali sehari.

3. Ambil beberapa batang pokok dukung anak. Kemudian rebuskan pokok ini. Tunggu sehingga air rebusan benar-benar suam dan mandikan bayi anda setiap pagi dan petang. Lakukan sehingga tiga atau empat hari.

Selamat mencuba!
Insya-ALLAH, jaundis akan segera hilang jika diamalkan selalu & Jangan lupa Banyakkan Doa!

10 Cara Tanamkan Tabiat Pemakanan Sihat Pada Anak

Bina tabiat pemakanan yang sihat bermula daripada anak anda masih bayi lagi...

  • Jangan memberi bayi anda makan secara berlebihan. Perhatikan tindak balasnya apabila sudah kenyang.
  • Jangan memaksa bayi anda makan makanan yang tidak disukainya.
  • Hormati kesukaannya dan elakkan menggunakan kuasa anda sebagai ibu bapa untuk memaksanya.
  • Beri anak makanan yang seimbang daripada kelas protein, karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Elakkan penggunaan gula dan garam sebelum umur setahun, dan selepas umur itu gunakan dengan kadar yang sederhana.
  • Elakkan makanan ringan selama yang boleh.
  • Jangan jadikan makanan sebagai hadiah. Sebaliknya lebihkan pelukan, ciuman dan perhatian terhadap kebaikan yang anak anda lakukan.
  • Beri anak anda makan di highchair atau di meja makan. Elakkan makan di hadapan televisyen atau sambil berjalan.
  • Tetapkan masa makan yang sama setiap hari.
  • Contoh melalui teladan. Anda sebagai ibu bapa perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat supaya anak anda mencontohi anda kerana anak kecil mudah mengikut kelakuan orang dewasa.

Penyusuan Susu Ibu Dari Pandangan Islam

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

"Dan Ibu-Ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama
dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Dari ayat di atas (AL-BAQARAH:233) kita dapat pendirian berikut:

PERTAMA:
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
KEDUA:
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.
"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut." 
KETIGA:
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.
KEEMPAT:
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.
KELIMA: 
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedua-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
KEENAM:
Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.
Allah telah memenuhi segala keperluan bayi. Kolestrom yang terhasil walaupun dalam kuantiti yang kecil sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Dalam masa 24 jam ibu boleh menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia bercerai susu.
SubhanaAllah, Maha Besar CiptaanNya...

Sumber: http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-3.htm

Cara Mandikan Bayi

Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?
KEPADA pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata, terlalu banyak perkara dan persediaan yang perlu dilakukan. Bermula daripada barangan bayi, bilik, kos rawatan, makanan dan sebagainya. Sebaik si ibu selamat melahirkan anak, maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri.

"Kebanyakan individu yang pertama kali bergelar ibu bapa, berasa cemas dan kelam-kabut dalam menguruskan bayi. Ini termasuklah cara penyusuan, menukar lampin dan memandikan bayi.



"Jika diperhatikan, ibu lebih berasa selesa dan selamat sekiranya orang lebih dewasa yang memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali pusat bayi masih belum tanggal," jelas Jururawat Kaunselor Penyusuan Susu Ibu, Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Norhayati Ahmad. Tambah beliau, antara tujuan utama membersihkan bayi adalah untuk memberi keselesaan, ketenangan dan mengelakkan infeksi.

Proses mandian perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. Mengapa? Ia bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi melecur.

Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.

"Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan. "Jangan memandang remah tentang proses mandian bayi. Selain menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa sejuk. "Bukan itu sahaja, waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang," jelas beliau.
SEMASA mandi jangan lupa bersihkan di bahagian lipatan leher, paha dan ketiak.Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.
_______________________________________________

Langkah pertama:
Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah kedua:
Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.




Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.


Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.


Langkah ketiga:

Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi. Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung. Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.


Langkah keempat:
 
Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju. Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat. Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.

Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.