Thursday, 12 September 2013

The Most Beautiful Asmaul Husna Dan Selawat



The Most Beautiful Asmaul Husna (Siti Nurhaliza)



Selawat - Siti Nurhaliza

Semoga kita semua yang mendengar dan sama-sama mengikut seterusnya menghayati akan mendapat keredhaan dan keberkatan dariNYA.Amin

Wednesday, 11 September 2013

Rumahku Syurgaku

Lokasi  : Bandar Puteri Jaya & Hill Park, Sungai Petani
Catatan : Bila lah nak boleh balik duduk kat rumah sendiri ni...













Kilang kicap ‘botol arak’

Kuala Lumpur: Sebuah kilang memproses kicap bukan sahaja memaparkan logo halal yang tidak diiktiraf, malah bertindak ‘biadab’ menggunakan botol arak yang dikitar semula bagi menghasilkan produk keluarannya.
Bagaimanapun, perkara itu terbongkar selepas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang diketuai Kamaruddin Mohammad Yassin bersama sembilan pegawai melakukan serbuan ke premis berkenaan di Taman Taynton, Cheras, di sini, semalam.
Difahamkan, botol yang diimport dari Thailand itu dibasuh di belakang premis yang kotor, malah proses menuang kicap ke dalam botol dilakukan secara manual pekerja tanpa menitik-beratkan soal kebersihan.

Pengarah PPDNKK WPKL Abu Samah Shabudin berkata, serbuan kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dibuat hasil risikan selama dua bulan selepas aduan diterima daripada pengguna.
Foto
PEGAWAI penguat kuasa PPDNKK WPKL memeriksa kicap diletakkan dalam botol arak yang dikesan di sebuah kilang di Cheras. Gambar kecil, kerja pemprosesan dalam persekitaran amat kotor.

“Pihak kami berjaya merampas sebanyak 2,000 botol kicap, 20,000 botol kosong dan mesin pemprosesan yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Nak beli Kicap ke Sos ke kenalah tengok botol dan ketahui sumber pembuatannya terlebih dahulu supaya tak berlaku kita terbeli bahan yg diguna kitar semua seperti ini.
Artikel ini disiarkan Harian Metro pada : 2013/09/11
Masih belum terlambat untuk kita mulakan hari kita dengan doa ini. Semoga dimudahkan segala urusan kita hari ini. 


Ustaz Don Daniyal : Kaedah mendidik anak.(Wajib tonton)

Kenapa anak melawan bila dewasa? Inilah puncanya. Cara didik anak yang tak betul (Wajib tonton)




Ustaz Don Daniyal : Kaedah mendidik anak.

Realiti Ibu bapa zaman sekarang, ramai yang tidak mendidik anak dengan kaedah yang betul. Mereka lebih banyak try & error. Tapi kesannya boleh lihat dalam tempoh 10-20 tahun akan datang. 

memang.. ibu bapa sekarang suka beleter, marah.. Anak2 nak mengadu kat ibu bapa.. benda kecil pon kanak2 mesti nk cerita.. ibu bapa kena layan.. Tambah2 remaja, remaja kena banyak bersembang bersama2.. bukannya marah, beleter.. tuu salahh.. itu akn mengurangkan kehormatan remaja itu kepada ibubapanya.. Didik anak mengikut zaman.. didik anak seperti nabi Muhammad didik anak2nyaa.. :)

sbb tu ust don ckp, kita jadikan nabi tercinta kita sbg sandaran dan contoh, sbb baginda adalah contoh yg terbaik.. cerita2 yg beliau kaitkan mmg boleh disandarkan ke dalam situasi zaman rasulullah..

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH S.W.T dalam kita mendidik anak-anak kita kelak. Insyaallah...Amin

Tuesday, 10 September 2013

10 Tanda ALLAH sayangkan Kita...




1-Menjadi pentadbir yg semakin baik. 
2- Menjadi seorang yg penyayang dan disayangi. 
3-Menjadi seorang yg berakhlak mulia. 
4-Diuiji dengan kesusahan. 
5-Diuji dengan kesenangan. 
6-Dimatikan dalam keadaan yg baik dan dihormati. 
7-Ketenangan terserlah apabila bermunajat di keheningan malam. 
8-Menjadi seorang yg penyabar. 
9-Berusaha mengejar ketaatan dan menjauhi kemaksiatan. 
10-Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.

IKEA

Kalau g ikea ni biasalah....semua benda kalau boleh nak belikan....


















Keluargaku Tersayang


Bersama isteri tersayang dunia dan akhirat Nor Azema Bt. Adznan semasa kursus bersama di MyHotel Langkawi


Muhammad Irfan Furqan Bin Sarizal bersama mama dan papa di Impiana Hotel Resort and Spa Cherating Kuantan


Bawa Irfan dan family berkelah di Taman Tasik Cyberjaya


Bawa irfan g tengok burung-burung di Taman Wetland Putrajaya

4 SEBAB SUAMI PATUT TEMAN ISTERI BERSALIN

Assalamualaikum,

Saya rasa ramai readers blog ni yang dah berkahwin. Entri ni khas untuk suami-suami yang isterinya tengah pregnant atau bahasa kasarnya membuyong. Yang belum kahwin pun boleh juga...k nak baca mana tau dah sampai seru dan tetiba dapat rezeki ekspres icon wink 4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin .

vaginal delivery 4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin

Terus terang saya cakap tak semua orang akan sanggup teman wife dia time nak deliver baby. Kadang-kadang muka nampak gangster cerita kat orang bergaduh tiap-tiap minggu tapi bila teman bini deliver baby pengsan. Tu hakikat tapi alhamdulillah saya berjaya teman isteri saya tanpa sikit rasa takutpun dan bagi saya ada 4 sebab kenapa seorang suami kena teman isteri dia bersalin :


1. Melihat Kebesaran Allah

Terus terang saya cakap kalau seorang suami tu tak solat sebelum tengok isteri dia bersalin, InsyAllah lepas tu dia akan berubah dan akan bersolat sebab dia akan nampak kebesaran Allah. Mana taknya baby sebesar tu boleh keluar dari perut ibunya selamba gitu je. Itulah satu magik yang lebih hebat dari magic Cyril. Diapun mustahil boleh buat icon wink 4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin .


2. Beri Sokongan Pada Isteri

Dalam melalui saat-saat melahirkan anak ni seorang isteri sangat memerlukan seseorang untuk bagi dia semangat. So yang paling layak ialah suaminya dan bila suami ada di samping isteri time nak bersalin InsyAllah semuanya selamat. Memang penat weyh bukan semua orang yang dah pecah ketuban dengan mudah melahirkan tapi itulah satu bakti eorang suami pada isteri yang dah susah payah melahirkan.


3. Lebih Menghargai

Apapun kita kena faham maksud appreciation. Bila kita, suami ni teman isteri kita ada satu perasaan yang Allah akan bagi iaitu lebih menghargai. Salah satu punca penceraian ialah sebab suami tak faham dan tak tau menghargai isteri. Cara nak hargai isteri senang je try masuk labor room temankan dia bersalin. Kita akan nampak betapa seksanya isteri nak lahirkan anak dan dari situ kita akan lebih menghargai. Kalau tetap jugak macam tu even dah tengok isteri bersalin maksudnya hati dia dah buta sangat dah tu kena sumbat clorox je tu icon wink 4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin . Lagi satu penderaan bayi oleh ibu bapa dapat dikurangkan sebab bila kita tengok betapa susahnya nak lahirkan baby kita akan lebih menghargai baby tu.


4. Belajar Tentang Sabar

Seorang suami akan lebih bersabar selepas dia keluar dari labor room. Kenapa? Macam yang saya cakap tadilah tak semua isteri boleh beranak atau bersalin dengan mudah. Macam isteri saya masuk ward pukul 3 pagi pukul 10.10 pagi baru keluar. So saya kena teman dia sampai dia bersalin padahal saya kena pergi kerja. So kat situ melatih saya supaya bersabar untuk hadap apa je yang datang icon wink 4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin


Nampak tak permainan dia kat situ. Allah dah bagi kita jalan untuk belajar macam-macam dari proses kejadian manusia tapi kalau kita sendiri tutup hati kita dan takde niat sikitpun nak ubah maka ta jadi apa jugak. So pada suami-suami sekalian alam temanilah isterimu ketika dia memerlukan mu.




Monday, 9 September 2013

PENYAKIT PAYUDARA

PENYAKIT PAYUDARA

Tanda-tanda awal kanser payudara

Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia.
Pengesanan di peringkat awal perlu dilakukan agar rawatan yang sewajarnya dan berkesan dapat diberikan.

Ia boleh dilakukan melalui kesedaran wanita itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas.

Wanita yang telah berumur 30 tahun ke atas patut menjalani pemeriksaan dengan doktor atau kakitangan perubatan berkelayakan.

Pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.

Tanda-tanda awal kanser payudara

Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.

* Perubahan rasa di payudara atau puting

* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak

* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit

* Perubahan dilihat pada payudara atau puting

* Perubahan saiz dan bentuk payudara

* Puting payudara terperosok ke dalam

* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang.

Kebanyakan simptom atau tanda-tanda ini bukan kanser.

Siapa berisiko tinggi?

Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.

Umur: Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara semakin tinggi bila wanita semakin berumur.

Penyakit ini jarang dialami oleh wanita sebelum menopaus.

* Sejarah individu kanser payudara: Seorang wanita yang mengalami kanser payudara di sebelah payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser payudara di sebelah satu lagi.

* Sejarah keluarga: Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.

* Beberapa perubahan di payudara: Beberapa peratus wanita mempunyai sel di payudara yang tidak normal.

Contohnya Atypical hyperplasia atau Lobular carcinoma in situ merupakan sel-sel abnormal di payudara yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara.

Perubahan genetik: Perubahan pada gen-gen tertentu (BRCA1, BRCA2 dan yang lain).

Wanita yang berada di kalangan keluarga yang mengalami kanser payudara boleh menjalani pemeriksaan genetik untuk mengetahui perubahan pada gen-gen tertentu.

Risiko lain

* Kesuburan dan sejarah haid

* Semakin berumur seseorang wanita semasa memperoleh anak pertama, semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.

* Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), putus haid di usia lewat (selepas umur 55 tahun), atau tidak mempunyai anak juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara.

* Mereka yang mengambil terapi hormon menopaus melebihi lima tahun berkemungkinan mendapat kanser payu dara.

* Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.

* Obes setelah menopaus: Setelah menopaus, mereka yang obes (terlalu gemuk) berkemungkinan besar mendapat kanser payudara yang lebih tinggi.

* Aktiviti fizikal: Wanita yang tidak aktif langsung sepanjang usianya mengalami risiko yang tinggi untuk memperolehi kanser payudara.

* Alkohol: Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Wanita yang mengalami tanda-tanda di atas perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Biasanya ketulan yang lembut, licin, bulat dan boleh bergerak-gerak adalah tidak merbahaya atau benigna.

Ketulan yang tidak jelas bentuknya, melekat di dalam tisu payu dara selalunya berkemungkinan besar adalah kanser.

Oleh yang demikian adalah sedikit info mengenai tanda-tanda awal Kanser Payudara.Untuk Kaum wanita adalah dinasihatkan supaya dapat membuat pemeriksaan sendiri mauhupun di hospitak atau klinik yang bertauliah.Sediakan payung sebelum hujan kerana wanita adalah tonggak dunia.

CINTA : Segala penulisan oleh di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih

PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia bagi menangani isu graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat tempoh pengajian terutama kepada mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah serta tinggal di kawasan pedalaman. Objektif pelaksanaan program ini untuk membantu graduan yang tidak bekerja meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam pasaran tenaga kerja berkemahiran dan berkualiti seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Program ini diselia oleh Seksyen Pembangunan Modal Insan (PMI), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).

Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan komitmen daripada Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan secara amal jariah serta Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills-Training dan On-Job-Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran graduan untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang menyediakan latihan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi setiap peserta. Selain itu, graduan juga diberi pendedahan serta pengalaman kerja yang sebenar di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.

Dalam merealisasikan usaha Kerajaan untuk meningkatkan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, Insentif Potongan Cukai Berganda kepada syarikat yang menyertai Program SL1M telah diberikan ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan bagi melatih graduan di bawah Program SL1M. Dengan adanya insentif ini, ianya dapat menarik lebih banyak penglibatan syarikat di samping membantu mengurangkan kadar kos yang ditanggung oleh syarikat. Melalui program ini, syarikat akan menerima manfaat dengan mendapat calon yang berpotensi sebagai pekerja syarikat bagi membantu membangunkan syarikat di masa hadapan.

Program SL1M telah mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dari GLCs dan syarikat swasta (kecil, sederhana dan besar) serta para graduan semenjak dilancarkan pada 1 Jun 2011. Statistik setakat Mei 2013 telah menunjukkan Sekretariat SL1M telah menerima sebanyak 30,057 pemohonan graduan yang telah berdaftar dengan SL1M dan JobsMalaysia. Sebanyak 120 GLCs dan syarikat swasta telah menyatakan minat menyertai program SL1M secara CSR dan telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Bagi Sesi 2012/2013, seramai 10,897 graduan telah diterima masuk dan mendapat tempat di dalam Program SL1M. Daripada jumlah itu, seramai 9,250 (85%) graduan telah berjaya memperolehi pekerjaan manakala seramai 1,647 (15%) graduan lagi sedang dibantu dan masih menjalani latihan di syarikat-syarikat yang terlibat di bawah Program SL1M.

Sekretariat SL1M di UPE, JPM sering giat melaksanakan Outreach Programme di seluruh Malaysia bagi mempromosikan SL1M kepada graduan juga mengadakan taklimat insentif cukai kepada syarikat yang berminat untuk menyertai SL1M. Sokongan dan kerjasama jitu dari pihak Kementerian, Kerajaan Negeri dan swasta telah memantapkan lagi kejayaan Program SL1M ini dari semasa ke semasa.

Pautan : https://www.facebook.com/pages/Skim-Latihan-1Malaysia-SL1M/399895230070551?ref=stream