"Saling hormat menghormati adalah salah satu kunci kebahagian kepada sepasang suami isteri,"
Adab Terhadap Pasangan
- Berlemah-lembut kerana Allah swt telah berfirman dalam surah al-Nisa' ayat ke-19 :
wa 'aa syiruu hunna bil ma'aruf
Maksudnya : Dan pergaulilah isteri-isteri kamu semua dengan cara yang paling baik.
- Dianjurkan suami memegang isteri pada ubun-ubunnya pada kali pertama bertemu dengannya [malam pertama] sambil membaca doa di atas.
- Disyariatkan agar mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum melakukan hubungan.
- Isteri hendaklah mentaati suami dalam perkara-perkara yang disuruh selagi tidak bertentangan dengan kehendak Allah swt.
- Memperbanyakkan melakukan aktiviti dengan berjemaah seperti makan bersama, membaca al-Quran bersama, menunjuk ajar anak-anak bersama dan mandi bersama.
- Setiap suami dan isteri hendaklah tampil di hadapan yang lain dalam keadaan kemas.
- Tidak menceritakan hubungan dengan pasangan kepada orang lain kerna Nabi saw telah bersabda :
"Sesungguhnya orang yang paling jahat kedudukannya di hadapan Allah swt pada hari kiamat nanti ialah seorang lelaki yang mendatangi isterinya, dan seorang perempuan yang berjimak dengan suaminya kemudian disiarkan rahsianya itu kepada orang lain."
- Suami isteri makruh melihat aurat antara satu sama lain kerana ia boleh membutakan dan lagi, Nabi saw tidak pernah melihat aurat para isterinya.
- Semasa berjimak, suami tidak digalakkan melakukan 'azal [memancutkan air mani di luar faraj isteri] kerana ia akan memutuskan kenikmatannya.
- Suami wajib dalam menyara isteri. Membelikan pakaian dan lain-lain yang diperlukan oleh seorang wanita.
- Suami dilarang meninggalkan bertegur sapa dengan isteri di luar rumah walaupun ketika nusyuz.
- Suami juga dilarang memukul isteri pada bahagian muka. Hal ini ialah berdasarkan kepada sepotong hadis :
"Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi tentang hak seorang isteri terhadap suaminya. Nabi saw telah menjelaskan : 'Engkau memberinya makan apabila engkau makan dan memberikannnya pakaian apabila engkau memakai dan janganlah engkau memukul wajahnya dan janganlah engkau memalukannya dan janganlah engkau menjauhinya kecuali dalam rumah sahaja'."
- Dilarang melakukan hubungan jimak dengan isteri semasa isteri sedang dalam keadaan haid. Sebaik sahaja isteri telah suci, suami dihalalkan mendatanginya dengan syarat selepas mandi hadas besar.
- Sekiranya suami itu berpoligami maka hendaklah berlaku adil kepada setiap isterinya.
Sesungguhnya Keluarga bahagia berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah.
No comments:
Post a Comment