Buku-buku jahitan pakaian dan langsir di bawah ini amat berguna untuk dijadikan panduan. Anda boleh membeli buku-buku ini secara online atau di kedai-kedai buku.
*info tambahan : buku-buku kat bawah ni bukan saya yang jual dan tiada dalam simpanan saya. saya cuma letak link kedai buku online untuk memudahkan anda membeli. Setelah anda klik pada buku yang hendak dibeli, lihat sama ada stok masih ada atau tidak di kedai buku online itu. Kalau stok tiada, sila datang lain kali kerana kemungkinan mereka telah mendapatkan stok baru.
Panduan Membuat Pakaian
Panduan Membuat Pakaian
Pengarang : Mariam Abu Bakar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 55.00
ISBN : 978-967-860-082-8
Sinopsis
Sebuah buku rujukan lengkap yang memuatkan cara-cara asas menjahit pakaian dengan tepat. Dimuatkan panduan terperinci menjahit skirt, kain, blaus, kemeja, slek, gaun, kebaya, baju kurung, jaket dan sebagainya. Bagi jenis pakaian yang lebih rumit, anda boleh mengubah dan mengolah blok untuk memudahkan penyediaan.
PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN sesuai dijadikan teks pembelajaran dan rujukan bagi penuntut dan pereka yang berminat dalam seni menjahit. Sifat rajin dan ditambah dengan daya kreativiti dapat menghasilkan pakaian yang dijahit sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Malah, kemahiran dalam bidang ini dapat menjimatkan kos menempah yang tinggi selain menambahkan sumber pendapatan diri dan keluarga.
Menjadi rujukan politeknik, institut kemahiran dan kolej fesyen.
Klik disini untuk membeli buku ini.
Variasi Panduan Menjahit Pakaian Wanita
Variasi Panduan Menjahit Pakaian Wanita
Pengarang : Mariam Abu Bakar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 21.00
ISBN : 978-983-124-114-1
Sinopsis
Variasi Panduan Menjahit Pakaian Wanita adalah lanjutan daripada buku Panduan Membuat Pakaian yang telah diterbitkan sebelum ini. Jika di peringkat awal, anda didedahkan dengan teknik-teknik asas, kini anda digalakkan mencuba teknik-teknik dari segi penyediaan pola.
Penyediaan pola-pola sebenarnya lebih mudah dan masa yang diambil lebih pendek. Dan buku ini penuh dengan cara-cara menyedia pola bagi pakaian-pakaian yang lebih rumit. Seperti lazimnya, susunannya mengikut kategori, dari paling mudah kepada yang paling rumit.
Kreativiti membawa kelainan. Pelbagai gaya penyeri tingkap bagi mencetus idea panduan menghias.
Buku pertama dalam bahasa Melayu yang menerangkan secara terperinci kaedah menjahit langsir. Skil yang diperolehi boleh dijadikan sumber pendapatan keluarga.
Klik disini untuk membeli buku ini.
Variasi Teknik Menjahit
Variasi Teknik Menjahit
Penulis : Rosita Jaafar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-251-3
Harga : RM 21.00
Sinopsis
Menjahit bukannya sukar sangat. Tetapi jika tidak tahu cara-cara dan tekniknya, mutu jahitan akan nampak murah dan kurang berkualiti.
Bagi mendapatkan kemasan yang bermutu, setiap jahitan harus digosok terlebih dahulu. ia akan kelihatan lebih kemas berbanding jika anda menggosok pakaian setelah semuanya siap dijahit. Cuba anda tinjau pakaian yang dijual dibutik. Perhatikan mutu jahitannya. Begitu kemas dan rapi, kan? Setiap panel depan, garisan leher sehingga ke hujung skirt atau lengan nampak cantik sekali.
Variasi Teknik Menjahit diterbitkan khusus untuk memberi panduan cara-cara melukis pola, memotong dan menjahit pakaian wanita. Antaranya ialah kebaya, baju kurung, balaus, jaket, seluar, baju tidur dan hiasan manik. Setiap arahan dilengkapi dengan foto berwarna bagi memudahkan pemahaman.
Berdasarkan pengalaman sebenar, Rosita jaafar mengajak anda berkongsi teknik menjahit yang mudah tetapi terbukti hasil jahitannya. Cara pengajaran yang jelas dan praktikal ini amat senang untuk difahami.
kepuasan sebenar akan lebih terasa seandainya pakaian yang dihasilkan bukan sahaja dapat disiapkan tetapi juga selesa dipakai dan terletak cantik di badan. Anda pasti berasa bangga menyarungkan pakaian hasil kerja tangan sendiri malah tidak mustahil minat menjahit ini akan menghasilkan pendapatan lumayan jika benar-benar fokus mendalami bidang jahitan ini.
Yakinlah dengan kebolehan sendiri dan mulakan menjahit sendiri hari ini juga!
Klik disini untuk membeli buku ini.
Variasi Seni Jahitan
Variasi Seni Jahitan
Penulis : Rosita Jaafar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-121-5
Harga : RM 21.00
Sinopsis
PEMILIHAN fesyen dalam berpadanan boleh mempengaruhi penampilan dan citra seseorang wanita. Biar apa jua rekaan, sama ada moden ataupun tradisional, yang penting setiap wanita ingin tampil anggun mempesona.
Namun begitu, memilih rekaan yang berpadanan dengan diri adakalanya memeningkan. Ada masanya baju cantik, rekaan menarik tetapi tidak sesuai dengan potongan badan. Kadang-kadang semuanya sudah sepadan, tetapi harga pula menjadi halangan.
Usah bimbang, VARIASI SENT JAHITAN ada jawapannya.
Berkonsepkan 3 dalam 1; fesyen, imej dan sulaman. Dilengkapi panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik. Dilengkapi dengan panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik dan bergaya.
Kaedah melukis pola, memotong fabrik dan menjahit pola rekaan fesyen. Pelajari 33 jenis rekaan fesyen kasual, pejabat, kontemporari, tradisional, majlis dan pengantin.
Panduan menjahit sulaman, ros satin, manik dan labuci bagi menyerikan rekaan fesyen.
Kaedah asas menjahit kemasan kelim tepi.
Dapat menjimatkan kos menempah malah kemahiran yang dipelajari boleh dipraktikkan sebagai sumber pendapatan.
Kehalusan seni jahitan sebenarnya begitu menyeronokkan untuk dibuat sendiri. Apa kata... tunjukkan bakat terpendam anda hari ini juga!
Klik disini untuk membeli buku ini.
Variasi Hiasan Langsir
Variasi Hiasan Langsir
Penulis : Mariam Abu Bakar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-057-X
Harga : RM 19.90
Sinopsis
Hiasan dalama tidak terbatas kepada golongan mewah dan elit sahaja. Ia adalah milik semua kelas masyarakat. Apa yang paling penting ialah kebijaksanaan menggunakan elemen menghias bagi menghasilkan penyudah yang sempurna dan bergaya. Langsir, misalnya adalah antara kemasiapan yang mudah diganti dan memberi kesan perbezaan ketara asalkan kena dengan konsep dan gayanya.
Variasi Hiasan Langsir ialah sebuah buku yang cukup komprehensif. Saya dapati ia padat dengan pelbagai ilham mencorak tingkap dan mudah dipelajari berpandukan langkah-langkah yang dipaparkan. Apatah lagi bahan-bahan ini boleh dijadikan panduan untuk menggarap keindahan kediaman impian anda. Malah dengan buku ini sebagai rujukan, anda mampu menghasilkan hiasan langsir dengan penuh yakin persis seorang artisan hiasan dalaman profesional
Wan Norlelawati W. A. Aziz
Editor majalah Impiana
Klik disini untuk membeli.
Cara Mudah Menjahit Langsir
Judul : Cara Mudah Menjahit Langsir
Pengarang : Noraini Margono
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Harga : RM29.00
Genre : Fesyen
Mukasurat : 80 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676117951
Cara Mudah Menjahit Langsir menyediakan panduan mudah untuk menjahit langsir sendiri. Panduan diberikan untuk memilih kain langsir yang sesuai berdasarkan paten yang dipilih. Panduan mengambil sukatan kain juga diberikan. Di samping itu disediakan juga cara mengunting, menjahit dan mencantumkan langsir mengikut paten yang dipilih.
Buku ini disediakan oleh penulis yang mempunyai pengalaman luas dalam mereka, menjahit dan mengajar membuat langsir. Adalah diharapkan melalui buku ini, anda boleh menjahit sendiri langsir di rumah anda. Malah ia boleh menjadi sebagai sumber pendapatan yang baik jika anda telah mahir. Anda pastinya mampu mereka paten langsir mengikut kesukaan sendiri dengan belanja yang lebih murah.
Kandungan
1. Pencil Pleat
2. Puff Curtain
3. Ombak Pasir
4. Pleated Skirt
5. Angsana Scallop
6. Princess Scallop
7. Apron Style Curtains
8. Twisted Curtains
9. Formula Span Heading
10. Pleated Skirt Span Heading
11. Double Pleat
12. Bell Pleat
Biodata
Klik disini untuk membeli buku ini.
Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2
Judul : Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2
Pengarang : Noraini Margono
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Harga : RM29.00
Genre : Fesyen
Mukasurat : 65 halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 9789676121037
Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2 menyediakan pelbagai rekaan langsir yang menarik dan mudah dibuat. Buku ini lanjutan daripada Cara Mudah Menjahit Langsir yang pertama. Setiap rekaan langsir disediakan panduan mengambil ukuran kain, cara menggunting dan cara menjahitnya. Panduan langkah demi langkah yang diberi dapat membantu anda menyediakan langsir yang cantik.
Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan kepada mereka yang berminat untuk menjahit langsir sendiri. Jika anda sudah berkemahiran ia boleh dijadikan sumber pendapatan.
Kandungan
Pendahuluan
Cara Mengukur
Giant Box Pleat
Skirt Menara Jati
Skirt Smoking
Angsana Skirt
Single Scallop
Diamond Pleat
Butterfly Pleat
Tivoli Curtain
Ombak Stulang Laut
Plamed Curtain
Plamed Skirt
Scallop Tanjung Puteri
Rekaan Langsir
Biodata
Tuesday, 28 October 2014
peplum tutorial ringkas...
mr.google mengajari ..n wat i found is..
Izara aisyah in kurung peplum (syantik nye)
Waktu tu la aku bru tau..Ooooo..ini kah peplum..selama ni aku panggil bju kembang2 je..hahaha..
Mesti korng bengang kan..knp la aku dok cite panjang berjele..padahal korng nk tau pasal tutorial..bkn nya nak bace aku membebel right..okeyh..
First kalu korg dah ada basic utk jahit bju kurung moden sgt la senang utk buat bju peplum ne..Aku ajar mcm mn nk buat yang bahagian kembang tau..
korng kene ada
-kertas besa sikit
-jangka lukis
-pensel
-Pembaris
Pengiraan ny pulak mcm ne..
Pinggang korng dbahagikan 6.28
CTH : pinggang 29 inch bahagi 6.28 = 4.6178
Okeyh..dah tu amik la jangka lukis tu ukur 4.61 inci lepas tu buat bulatan penuh atas kertas..
lukis full cam ne okeyh..bulatan tu same ngn saiz pinggang korng okeys
Dah tu,korng ukur brp panjang korng nak kembang peplum tu..ukur dr pinggang tw..Let say la korng nak 15inch..korg amik la pita pengukur korang, tndakan 15inch dkt bulatan 4.61..
Garisan putus2 tu mewakili 15'' labuh kembang yg korng nak
Ookk..siap la pola untuk kembang peplum..dh siap buat 2 bulatan tu korng potong la begini..
ni la saiz kembang peplum korng
Dah siap,korng sambung kan la bahagian yg kecik tu dkt dkt upper bju yg korng dh buat..
Aku harap note yg aku bagi ne ringkas n mudah d fahami okeyh..kalu tk faham..boleh la tinggalkan comment..insyaALLAH nnt aku balas okeyh..n lagi satu..kalu korng nak wat bju peplum ne d duet kan dgn kain yg kembang..korng kene la beli kain lebh tau..kalu setakat 4 meter je..mmg tk muek la gamak ny..okeyh..
Selamat mencuba ye..!!! Salam sayang untuk semua pembaca..=)
Sumber : http://cikpuansha.blogspot.com/2012/12/peplum-tutorial-ringkas.html

CARA MELUKIS POLA LUBANG LEHER/BULAN
Assalamualaikum, di atas permintaan pengunjung blog, hari ni saya tunjukkan cara membuat pola bulan/lubang leher. (sama je dua2 gambar)
Lukis pola seperti dalam gambar di atas. 2cm adalah untuk bahagian belakang leher. 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana saya dapat 6.5cm?? Ukur lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm. maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh itu,
42/6= 7cm
Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian yang berlorek. Terpulang kepada anda nak buat pola bentuk macam mana.. bulat boleh, nak bersegi pun boleh. ikut citarasa masing2. Kalau tak faham boleh tanya saya.
Sumber : http://homesolehah.blogspot.com/2009/08/cara-melukis-pola-lubang-leherbulan.html

Cara Ukur Baju Kurung Ikut Baju Contoh
Cara Ukur Baju Kurung Mengikut Baju ContohSetiap org berbeza cara mereka mengukur, mendraf pola mahupun menggunting…tp ini lah cara yg sy pernah belajar. Mungkin dpt membantu anda yg baru ingin menjebakkan diri dlm dunia jahitan..(menjebakkan? Boleh pakai x?hihi)Sekiranya ada yg ingin berkongsi cara masing2 silakan…kita boleh bertukar2 pendapat agar dapat menghasilkan pakaian yg terbaik satu hari nanti…
Baiklah, sebelum tu,sy ada tunjukkan tentang SIMBOL mengambil ukuran kan? Cer cuba tgk semula kat tajuk TEKNIK MENGAMBIL UKURAN pd n3 sblm nie. Sy perlukan die nk cptkn kerja sy, nmpk simple tp percayalah ada gunanye….sy wat kat 1 word gambarajah kosong pasal symbol tu kemudian sy print out bebanyak then sy simpan dlm 1 file..(leh x sebut gambarajah xtau nk sebut cane..ngee) pastu dh selesai ambil satu2 ukuran tu sy tulis…ok jom tgk cth die:-
Nie baju customer baru sy….so, sy tulis nama, date die hantar baju, date die nak semula baju dan fashion apa die nak…..ok jom tgk mcm mn sy ambil ukuran pd baju contoh yang beliau bagi…hihi ni baju anak die, sy pon x tau apa nama anak die…..
Note Tp bukan galaxy Note:
PA tu Pesak Atas…PB tu Pesak Bawah dan PL tu pangkal Lengan…..hehehe..
First tp bukan astro first hihi:
Alamak.........batery flat gilerr....ujan lebat lak...line problem...sat lg sy sambung..
To be continued....hihi...boleh gini ek....senang citer u alls tgk lah gambar yg sy sempat sajikan nie k....
LEHER:
BAHU:
LABUH BAJU:
LABUH TANGAN:
BUKA TANGAN:
PANGKAL LENGAN:
PESAK:
PESAK ATAS:
PESAK BAWAH:
upss...yg sy tulis 3 inci 9 hun tu salah ye....mn ade 9 hun...hihi...pembetulan: 3 inci 7 hun..maaf yer....

KEKEK:
KAIN:
KELILING PUNGGUNG:
LABUH KAIN:
KELILING PINGGANG:
SELESAI…..kita dah dapat ukurannya so baju cth.

Sumber : http://intanisztailoress.blogspot.com/
Tip Mengatasi Keletihan dan Kepenatan Tubuh Badan
Bila badan kita penat sudah tentu menjejaskan kecergasan mental serta fizikal untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Bercerita tentang kepenatan, anda mungkin mendapati sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya.
Apabila anda sukar menumpukan perhatian, akhirnya anda mendapati diri hilang kesabaran dan perasaan geram sebaliknya pula bertambah.
Apa yang dirasai ini sebenarnya hanyalah kemalasan atau kurangnya motivasi untuk melakukan apa yang ingin dikecapi.
Perompak tenaga atau motivasi kita ada di mana-mana sahaja. Berita baiknya pula, tenaga anda boleh ditingkatkan atau dikembalikan menerusi 10 kaedah mudah.
1.Pengambilan magnesium
Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.
Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.
2. Berjalan
Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Beberapa eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer dari Universiti California State menunjukkan, berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.
3. Tidur sebentar
Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.
4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nutritional Health, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, kecenderungan meninggalkan hidangan tetap boleh mengakibatkan seseorang terasa letih sepanjang hari.
5. Kemarahan dan tekanan
Pakar psikologi terkemuka, Paul Baard pernah berkata, salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.
“Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita”, tambah Baard yang merupakan seorang pakar psikologi sukan di Universiti Fordham, di Bronx, New York.
Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan perasaan anda.
Akan tetapi, berita baiknya ialah kita boleh mengawal pembunuh tenaga ini dengan merancang aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan.
Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.
6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol
Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?
Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat. Pengarang buku, The Uncle Sam Diet yang juga seorang pakar nutrisi, Keith Ayoob, pernah berkata: “Jalan penyelesaiannya mudah sahaja – segelas air suam sudah memadai untuk memberi tenaga selepas senaman. Pada ketika itu, tubuh amat mendahagakan cecair.”
Sebaliknya, jika anda mendapati diri sering berasa letih selepas memperoleh tidur mencukupi semalaman, alamatnya sudah tiba masanya anda mengurangkan pengambilan alkohol pada sebelah malam.
7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula
Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.
Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.
Satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika, Clinical Nutrition mendapati, pemakanan yang kaya dengan bijirin penuh dapat membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan membolehkan pembebasan secara perlahan tetapi stabil.
8. Snek
Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.
9. Hasilkan latte
Kafein yang digabungkan dengan kebaikan protein daripada latte rendah lemak boleh membekalkan anda dengan tenaga tambahan serta kalsium ekstra. Jika boleh, gabungkan juga dengan sedikit kacang badam sebagai hadiah bagi memanjakan diri sepanjang tahun baru ini.
10. Fungsi tiroid dan sel darah merah
Jika anda sentiasa terasa letih biarpun sudah memperoleh rehat yang mencukupi, adalah baiknya anda berbincang dengan doktor tentang alternatif yang boleh dicuba. Ujian darah untuk ketidakupayaan fungsi tiroid dan anemia adalah antara inisiatif yang boleh diambil.
Masalah tiroid merupakan satu isu bagi kaum wanita. Biasa berlaku selepas kelahiran bayi, masalah ini juga membelenggu mereka di peringkat peri menopaus. Ujian darah yang ringkas boleh mengenal pasti masalah ini dan andainya anda didiagnosis dengan keupayaan tiroid yang rendah, perubatan boleh menjadi penyelesaiannya.
Bagi kes anemia pula, pengurangan sel-sel darah merah bermakna tubuh anda kekurangan oksigen yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga. Disebabkan itu, anda mudah menjadi letih.
Sumber: http://anizyn.blogspot.com/2014/04/tip-mengatasi-keletihan-dan-kepenatan.html#ixzz3HQXUofZg

Subscribe to:
Posts (Atom)