Thursday 31 December 2009

Poyo-poyo Cuti Malesio....yoo



Ni kat Jeti 8 beradik, Semeling Kedah....aku g masa aku cuti melesio minggu lepas....Tempat baru nak dimajukan untuk perlancongan negeri kedah...

Selamat Tinggal 2009...Selamat Datang 2010

Emm lagi beberapa jam saja lagi kita akan menuju ke Tahun BARU 2010....Tahun 2009 yang akan melabuhkan tirainya tak sampai 24 jam nanti terlalu bermakna buat saya dan tahun yang banyak merubah hidupan saya.Umo makin tambah....Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun baru 2010 kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Marilah kita semua berazam untuk mengukuhkan perpaduan demi memastikan kejayaan gagasan 1Malaysia dan seterusnya menjana negara Malaysia yang tercinta terus gemilang serata dunia dan berjaya mencapai Wawasan 2020. Malaysia Boleh!

Sharyzal Shafiee

Wednesday 30 December 2009

Subject: Solat Gerhana, Sedekah, Malam Tahun Baru 2010

Sambutan Tahun Baru 2010 pada kali ini lain dari yang lain.


Umat Islam dapat menyambut Malam Tahun Baru pada kali ini dengan menunaikan Solat Gerhana Bulan (Solat Khusuf) , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa seperti mana yang disarankan oleh kekasih kita Nabi Muhammad saw.


Tunggu apa lagi , mungkin inilah peluang kita sekali seumur hidup dapat Sambut Tahun Baru 2010 dengan cara begini. Nanti dalam kubur boleh kita berbicara dengan Malaikat Munkar dan Nakir , dulu masa aku di dunia 1 Januari 2010 satu dunia sambut tahun baru, tapi kami umat Islam di Malaysia sambutnya dengan kedatangan gerhana bulan dengan Bersolat , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa.


Indonesia sudah mengeluarkan surat pekeliling kepada umat Islamnya agar melakukan banyak sedekah, zikir, berdoa, solat khusuf pada 1 Januari 2009. Malaysia, JAKIM, Majlis Agama, Jabatan Agama dan lain-lain bila lagi ? Saya tidak ada kuasa hendak mengeluarkan surat pekeliling , hanya sekadar dapat mengeluarkannya dalam e-mel dan blog saya di http://waghih.blogspot.com



*************************

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Sumber : http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/seputar-gerhana-matahari-2.html#Scene_1


**************************

Peluang saksi fenomena bulan gerhana

Utusan Malaysia 24 Dis 09 - Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=Megabait&pg=me_02.htm&arc=hive



*****************

SAMBUTAN GERHANA BULAN DI INDONESIA



Memperhatikan surat Dewan Hisab dan Rukyat Persatuan Islam (PERSIS) No.: 05/PP-C.9/A.3/2009 tertanggal 21 Syawwal 1430 H/10 Oktober 2009 perihal Gerhana Bulan Sebagiam dan Gerhana Matahari Cincin, maka dengan ini kami beritahukan:



1. Pada hari Jum’at, tanggal 15 Muharram 1431 H/1 Januari 2010 M. Insya Allah akan terjadi Gerhana Bulan Sebagian:



Mulai Gerhana : pukul 01.51.54 WIB.

Pertengahan Gerhana : pukul 02.22.30 WIB.

Akhir Gerhana : pukul 02.53.30 WIB.

Adapun untuk keseragaman dalam pelaksanaannya kami atur sebagai berikut:



Mulai takbir : pukul 01.52 WIB.

Shalat Khusuf : pukul 02.30 WIB

(dilanjutkan dengan khutbah dan pengumpulan/pembagianshadaqah).



2. Pada hari Jum’at, tanggal 29 Muharram 1431 H/15 Januari 2010 M. Insya Allah akan terjadi Gerhana Matahari Cincin:



Mulai Gerhana : pukul 13.44.43 WIB.

Pertengahan Gerhana : pukul 15.22.23 WIB.

Akhir Gerhana : pukul 16.43.44 WIB.

Adapun untuk keseragaman dalam pelaksanaannya kami atur sebagai berikut:



Mulai takbir : pukul 13.45 WIB.

Shalat Kusuf : pukul 14.30 WIB

(dilanjutkan dengan khutbah dan pengumpulan/pembagian shadaqah).



Sehubungan dengan hal tersebut di atas dengan ini kami menginstruksikan seluruh jajaran Jam’iyyah Persatuan Islam agar melaksanakan sunnah Rasulullah saw. : bertakbir, berdo’a, shalat khusuf dan bershadaqah.



Sumber : http://persis.or.id/?p=1080



*************************

Sembahyang Gerhana Matahari dan Bulan



Al-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari atau bulan terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Kebiasaannya, al-kusuf digunakan bagi gerhana bulan. Hukumnya pula ialah sunnah mu’akkadah. Jika sembahyang gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan hendaklah diperlahankan, manakala jika gerhana bulan, bacaan hendaklah dinyaring dan dikuatkan.



Sembahyang gerhana mempunyai dua cara:

1. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Al-Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku‘ tanpa memanjangkannya (berdiri, membaca dan ruku‘, kemudian berdiri membaca dan ruku‘). Dan sah sembahyang gerhana jika didirikan dua raka‘at dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku‘ seperti sembahyang Juma‘at.



2. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama di raka‘at pertama. Untuk berdiri kali kedua pada raka‘at pertama, dibaca ayat yang menyamai 200 ayat. Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama pada raka‘at kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali kedua pada raka‘at kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat Surah Al-Baqarah.



Kemudian apabila ruku‘, maka dipanjangkannya sehingga menyamai lebih kurang dengan 100 ayat, ruku‘ kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, ruku‘ ketiga sekadar 70 ayat dan ruku‘ keempat sekadar 50 ayat. Cara yang kedua ini adalah yang lebih sempurna. Apabila sembahyang telah selesai, imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah, sama seperti khutbah Juma‘at, cuma imam hendaklah mendorong orang ramai supaya bertaubat, melakukan kebaikan serta memberi ingatan agar tidak lalai.



Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/pembahagian2.htm

SABAR ITU MATAHARI

Di dalam sepotong hadith yang panjang riwayat Muslim, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

“Dan sabar itu sinar seperti mentari”

Ulama merumuskan sabar itu diibaratkan seperti matahari kerana dua perkara.

Pertamanya, matahari itu sumber kehidupan. Sama seperti sabar yang menjadi sumber kepada kebaikan. Sabar dalam ibadat, sabar dalam taat, sabar menahan diri daripada maksiat, sabar dalam musibah dan sabar dalam nikmat, semua itu menjadi sumber untuk melimpahkan pelbagai kebaikan yang lain.

Sebab kedua, untuk sabar dan menghasilkan kebaikan seperti khasiat matahari, diri kita terbakar panas!

Tuesday 29 December 2009

Kasihku Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


sharyzal shafiee